Ticker

6/recent/ticker-posts

EgTukar : Permohonan, Syarat dan Semakan Tukar

Egtukar merupakan sistem pertukaran yang diguna pakai oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau lebih dikenali sebagai guru yang berkhidmat dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertukaran guru sama ada pertukaran antara negeri atau daerah dan dalam daerah mestilah melalui sistem pertukaran EgTukar ini. Sistem Egtukar ini saling berhubung dengan sistem eoperasi dan untuk mengubah maklumat peribadi dalam sistem EgTukar maka guru perlu mengemaskini maklumat didalam e Operasi.

egtukar

Baca juga : eghrmis-markah-prestasi-dan-cuti
Telegram : https://t.me/didik2u

Panduan Login

Untuk melakukan log in masukkan ke dalam sistem egtukar, para guru tidak perlu melakukan pendaftaran hanya memasukkan maklumat log in yang sama dengan sistem e operasi. Langkah untuk memohon pertukaran sama ada pertukaran negeri atau daerah adalah seperti berikut :

  • Pergi ke laman sesawang Egtukar

    Egtukar

  • Masukkan Id Pengguna, kata laluan dan no kad pengenalan mengikut apa yang telah ditetapkan di e operasi

    permohonan egtukr

  • Klik Permohonan untuk memohon dan baca syarat yang telah ditetapkan oleh Egtukar.

    permohonan egtukar

  • Klik pada jenis permohonan, untuk permohonan negeri pilih permohonan antara negeri manakala bagi pertukaran dalam daerah pilih antara daerah.
  • Selepas itu, pilih negeri atau daerah yang ingin diminta. wajib isi 3 negeri atau 3 daerah bagi yang memohon pertukaran dan sekirannya pilihan ke-2 atau ke-3 bukan pilihan maka perlu untick pada adakah anda bersetuju dipindah selain daripada pilihan diatas.
  • Selepas itu pilih sesi pertukaran. Pertukaran adalah berdasarkan cuti sesi penggal persekolahan maka anda boleh memilih anda ingin bertukar pada sesi penggal 1 atau 2 atau 3 atau boleh pilih semua sesi bagi setahun permohonan.
  • Maklumat Egtukar yang diisi akan dipaparkan dan hantar dan tunggu pengesahan daripada ketua jabatan/pengetua.

Syarat Permohonan Egtukar

Terdapat sedikit perubahan dalam syarat permohonan Egtukar berdasarkan Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP SPI 1 Januari 2022. Antara perubahan dalam permohonan Egtukar ialah :

Pertukaran Antara Negeri
  • Bagi Guru baharu permohonan egtukar tidak boleh dilakukan ssekirannya belum disahkan perkhidmatan.
  • Guru Baharu yang kurang 3 tahun perkhidmatan di negeri semasa juga tidak boleh memohon pertukaran antara negeri.
  • Guru Baru berpindah juga tidak boleh memohon pertukaran negeri sekirannya perkhidmatan di negeri baru kurang dari 3 tahun.

Permohonan Pertukaran Yang Tidak Dibenarkan :

Berikut merupakan Permohonan pertukaran yang tidak dibenarkan :

permohonan egtukar

Permohonan Egtukar Berdasarkan Kategori berikut
Berikut merupakan kategori permohonan egtukar yang dibenarkan :

Kategori 1 : 
Kesihatan 
Permohonan bagi masalah kesihatan perlu disokong dengan laporan perubatan daripada doktor pakar Hospital kerajaan dan tempoh sah laporan tersebut tidak melebihi 2 tahun.

Kategori 2 : 
Keselamatan
PPP atau isteri atau anak yang menerima ancaman keselamatan dan permohonan tukar perlu sokongan laporan polis dan pemberitahuan penyiasatan Kes.

Kategori 3 : 
Pasangan Suami/Isteri Jarah Jauh
Pasangan suami / isteri yang tinggal berjauhan antara negeri.

Kategori 4 : Lain - lain
Permohonan pertukaran selain daripada kategori 1, kategori 2 dan kategori 3.

Pembatalan Pertukaran

Bagi PPP yang ingin membuat permohonan pembatalan pertukaran perlu melakukan langkah seperti berikut :

pembatalan egtukar


Pembatalan egtukar bagi Sekolah biasa perlu membuat surat pengesahan pembatalan dengan disokong oleh pengetua dan email kepada bahagian pertukaran JPN negeri masing - masing manakala bagi bahagian BPLTV permohonan pembatalan egtukar perlu membuat surat dan mendapat sokong pengarah KV dan emailkan pada bahagian BPLTV (unit pengurusan guru )

Semakan Egtukar

Keputusan Egtukar akan keluar setiap Penggal cuti sekolah maka permohon pertukaran bolehlah melakukan semakan pertukaran sama ada berjaya atau perkhidmatan masih diperlukan. Berikut merupakan pautan semakan egtukar epgo.moe.gov.my/

Garis Panduan Pertukaran

Disini dilampirkan Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP berdasakan SPI 1yang dikeuluarkan 1 Januari 2022




Kesimpulan
Bagi PPP yang ingin memohon pertukaran bolehlah memohon pertukaran berdasarkan Garis Panduan Pertukaran SPI 1 Januari 2022. Semoga berjaya bagi yang memohon.

Baca Juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan