Ticker

6/recent/ticker-posts

Eghrmis : Penilaian Prestasi dan Pengurusan Cuti Penjawat Awam

Eghrmis merupakan Sistem Maklumat Sumber Manusia yang menjadi platform bagi pengurusan data penjawat awam. Eghrmis ini sudah sinonim bagi penjawat awam kerana ia melibatkan maklumat penjawat awam berkaitan data peribadi penjawat awam, rekod gaji, pengurusan cuti penjawat awam, penilaian prestasi penjawat awam, pengistiharaan hartapenjawat awam dan sebagainya. Melalui eghrmis ini ia memudahkan kakitangan awam dalam mengakses maklumat peribadi, prestasi marah tahunan dengan lebih mudah dan memudahkan proses permohonan cuti.

eghrmis

Baca juga : login-apdm-pengkalan-data-murid
Telegram : https://penjawat awam

Definisi

Eghrmis merupakan platfrom utama bagi kakitangan kerajaan dan permulaan penggunaan komputer bermula pada sekitar tahun 1970-an dan pada awalnya ia berperanan hanya menyimpan dan menguruskan data asas seperti rekod pekerja dan gaji sahaja. Bermula tahun 1980-an sistem HRIS (Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) dibangunakan bagi menyimpan data pekerja, kelayakan gaji dan data pusat. Selepas itu Sistem HRIS beralih kepada eHRIS dan berlaih kepada Eghrmis.

Kepentingan Eghrmis

SIstem Eghrmis ini banyak memberi kelebihan kepada kakitangan awam berkaitan dengan pengurusan cuti yang perlu diisi didalam sistem untuk memohon cuti dan menyemak prestasi kerja menggunakan eghrmis sahaja secara tidak langsung ia menjimatkan masa penjawat awam dan boleh mengelak daripada kehilangan data. Berikut merupakan kepentingan Eghrmis kepada penjawat awam :

  • Boleh mengemaskini maklumat peribadi secara sendiri
  • Pengurusan cuti (memohon cuti dan menyemak cuti tahunan
  • Tuntutan Perjalanan Kursus
  • Melihat Markah Penilaian Prestasi tahunan
  • Pengistiharaan harta

Panduan Login

Penjawat awam akan diberi ID Pengguna dan kata laluan oleh pihak pentadbir dan harus diingat sekirannya anda terlupa kata laluan ada tidak boleh melakukan kesalahan tersebut sebanyak 3 kali kerana maklumat anda akan di sekat dan perlu membuat permohonan kata laluan baru pada Admin Eghrmis Malaysia. Berikut merupakan panduan Login Eghrmis :
  • Klik pautan Eghrmis 
  • Masukkan ID pengguna dan kata laluan dengan betul
  • Klik Hantar dan selesai
Peringatan untuk Kata Laluan Hrmis

Kata laluan yang ditetapkan mestilah mengikut Standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut :
  • Pastikan kata laluan mempunyai 12 aksara
  • Melibatkan kombinasi huruf dan nombor
  • Melibatkan aksara khas seperti (@,&,*)
  • Kombinasi huruf besar dan kecil
eghrmis pengurusan cuti


Panduan Permohonan Cuti

Permohonan cuti mestilah melalui eghrmis seperti berikut :
  • klik pada pautan eghrmis ini
  • Masukkan ID pengguna dan kata laluan dengan betul
  • Klik pada pengurusan cuti

eghrmis pengurusan cuti
  • Pergi pada fungsi dan klik permohonan cuti

    eghrmis pengurusan cuti

  • Klik pada jenis cuti dan pilih jenis cuti yang ingin dipohon contoh kalau guru pilih cuti rehat khas.

    eghrmis permohonan cuti

  • Selepas itu , masukkan tarikh, alamat dan alasan
  • klik hantar dan pastikan penyokong dan dan pelulus cuti itu orang yang betul bagi melancarkan kelulusan permohonan cuti.

Panduan jana GL

Berikut merupakan panduan jana Guarantee Letter GL melalui Hrmis
  • Masuk pada Hrmis
  • Klik pada pengurusan perubatan

    eghrmis jana GL

  • klik fungsi dan klik pada penyediaan surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai

    eghrmis jana GL

  • Klik pemilik kompentensi (lengkapkan maklumat keluarga dan simpan)
  • klik hospital yang dicari
  • pilih negeri
  • pilih nama ketua jabatan
  • klik urusan gaji dan klik terukan kemudian masukan no rujukan fail dan simpan
  • nanti akan keluar report boleh cetak

    eghrmis jana gl pdf



Kesimpulan 
Menggunakan sistem eghrmis ini memudahkan urusan penjawat awam dalam urusan pengurusan cuti, pengistiharaan harta, jana GL dan sebagainya hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Baca juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan