Ticker

6/recent/ticker-posts

Login APDM : Pengkalan Data Murid

APDM merujuk kepada Aplikasi Sistem Pengurusan Murid dimana ia berfungsi mengurus, menyimpan dan mengemaskini data murid di Malaysia. APDM merupakan sistem yang penting dalam menyokong pelbagai proses pentadbiran sekolah seperti, pengambilan pelajar baru, pendaftaran, maklumat penjaga dan kehadiran pelajar ke sekolah. Melalui Sistem APDM ini pihak pentadbir dan guru kelas boleh mengakses maklumat murid dengan mudah dan cepat. 

sistem pengkalan data murid

Baca Juga : sijil-penyertaan-dan-penghargaan
Telegram : t.me/didik2u

Kepentingan APDM

Sistem APDM ini penting bagi guru kerana melalui sistem APDM ini guru kelas dan pentadbir boleh memantau kehadiran murid bagi memastikan murid hadir ke sekolah dengan konsisten dan secara tidak langsung ia membantu guru kelas mengenalpasti pelajar yang hadir atau tidak hadir ke sekolah. Melalui SIstem APDM ini juga guru kelas boleh mengeluarkan surat amaran pertama kepada pelajar yang tidak hadir ke kelas selama tiga hari berturut - turut.

Langkah Login 

Bagi guru kelas langkah untuk melakukan Login ialah anda perlu mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan daripada Guru data di sekolah. Selepas dapat ID pengguna dan kata laluan anda boleh melakukan Login masuk APDM seperti dibawah

  • Layari pautan ini apdm.moe.gov.my
  • Masukkan ID pengguna dan kata laluan
  • Selepas itu klik masuk
  • Sekiranya ada terlupa password dan kata laluan sila rujuk guru data sekolah anda.
  • Sellepas masuk pada halaman utama klik kehadiran untuk mengisi kehadiran pelajar ke sekolah

    APDM pengkalan data murid

  • Sekirannya ingin melihat laporan kehadiran pelajar mengikut bulan klik pada Laporan kedatangan murid

    APDM pengkalan data murid


  • Untuk mengubah data murid berkaitan dengan penjagaan dan pendapatan ibubapa klik data murid 

    ADPM pengkalan data

Langkah Memadam Murid 

Kebiasaan data murid akan dipadam oleh guru kelas berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah murid tersebut telah berpindah ke sekolah lain, murid tersebut di berhentikan sekolah dan murid tersebut tidak bersekolah lagi. Berikut merupakan langkah memadam data murid di APDM

padam data murid di APDM

Cara menetapkan kelas 

Berikut merupakan cara untuk menetapkan kelas bagi pelajar yang mempunyai data kosong

Layari pautan APDM dahulu apdm.moe.gov.my

APDM menetapkan kelas

Mendaftar Guru Baharu di APDM

Apabila berlakunya perpindahan guru yang memegang guru kelas dan ada guru baharu yang akan dilantik sebagai guru kelas maka untuk mendaftar guru tersebut menjagi guru kelas adalah tanggungjawan pihak pentadbir dan guru data sekolah. Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan

APDM guru baharu



Semoga Perkongsian ini memberi manfaat kepada guru kelas yang menggunakan Sistem APDM setiap hari untuk mengemaskini data murid ke sekolah dan menjadi panduan kepada guru kelas dalam mengemaskini data pelajar.

Baca Juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan