Ticker

6/recent/ticker-posts

Sijil : Penyertaan dan Penghargaan

Sijil kebiasannya akan diberi kepada peserta sebagai tanda peserta tersebut mengikuti program yang dijalankan. Setiap pengajur program mesti peka akan kepentingan dan penyediaan sijil kepada peserta sebagai menghargai peserta yang menyertai program yang diajurkan. Dengan adanya pemberi sijil ini ia sedikit sebanyak menyuntik semangat peserta untuk menyertai program yang dianjurkan.

Walaupun sijil ini sekeping kertas sahaja namun ia memiliki harga yang bernilai yang tidak semua orang miliki. kini sijil dan kemahiran atau skill sama penting bagi seseorang dalam memohon kerja. 

Baca juga : cara-dapatkan-sijil-spm-hilang
Telegram : https://t.me/didik2u


Sijil


Pengenalan Sijil

Sijil merupakan elemen penting bagi seseorang sama ada semasa belajar ataupun ketika bekerja. semasa belajar sijil penting bagi membuktikan seseorang itu seorang yang aktif ketika berada di sekolah. Ini kerana setiap penglibatan aktiviti di sekolah akan diberikan sijil penyertaan oleh guru kepada pelajar sebagai tanda pelajar tersebut menyertai program yang dijalankan di sekolah. 

Sijil juga penting bagi membezakan taraf pendidikan seseorang sebagai contoh pelajar yang belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia sahaja akan mempunyai sijil tertinggi SPM sahaja berbeza bagi yang mempunyai ijazah dimana sijil tertingginya adalah ijazah lebih tinggi berbading SPM.

Sijil Sangat penting dalam memohon pekerjaan kerana dengan sijil ia mampu membuktikan kebolehan seseorang sama ada kompeten atau tidak dalam bidang kerja yang dimohon. Sebab itu sijil yang diperoleh daripada kursus yang disertai wajib disimpan elok di dalam fail bagi mengelakkan sijil tersebut hilang.

Jenis Sijil

Terdapat 2 jenis sijil yang perlu diketahui oleh pembuat sijil iaitu :

  1. Sijil Penyertaan
  2. Sijil Penghargaan
Kedua - dua sijil ini mempunyai maksud berbeza :

Sijil Penyertaan :
Sijil ini diberikan kepada peserta yang menyertai program yang dianjurkan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasra

Sijil Penghargaan :
Sijil yang biasanya diberikan kepada seseorang sebagai tanda jasa seseorang dalam organisasi sebagai contoh pemberian sijil penghargaan kepada :
  • AJK Program
  • Penganjur
  • Perasmi program dianjurkan
  • Penasihat Program yang dianjurkan
  • Sukarelawan program

Saiz Dan Rekabentuk Sijil


Saiz sijil kebiasannya dalam bentuk kertas A4 sahaja, namun kedudukan melintang atau menegak bergantung kepada citarasa pembuat sijil.

Bagi rekabentuk sijil tiada garis panduan dalam reka bentuk terpulang kepada kreativiti masing - masing.

Maklumat yang biasanya dimasukan dalam sijil :
  • Logo (logo penganjur, logo Penaja dan logo penganjur bersama)
  • Jenis Sijil ( Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan)
  • Nama peserta
  • Nombor Kad Pengenalan Peserta
  • Tarikh
  • Lokasi
  • Pengesah dan tandatangan

Contoh Sijil 


Berikut merupakan contoh sijil - sijil yang dihasilkan

Sijil 1

Sijil

Sijil 2

sijil

Sijil 3

sijil

Sijil 4

Sijil



 

Panduan Edit Sijil


Template sijil akan disediakan terpulang kepada pembuat sijil ingin masukkan logo dan maklumat mengikut citarasa masing - masing.



Template Sijil


Ubah atau tambah logo mengikut citarasa anda mengikut gambar di atas iaitu klik pada logo dan tekan right klik pilih change picture dalm pilih logo yang anda kehendaki seperti gambar di bawah


template sijil

Selepas dah masukkan logo dikendaki anda boleh mengubah maklumat yang terdapat pada sijil mengikut citarasa anda

Sijil ini adalah dalam size kertas A4.

Muat Turun Template Sijil

Berikut disediakan pautan muat turun template Sijil :


Kesimpulan

Semoga template sijil ini memberi manfaat kepada semua dan memudahkan anda semua dalam menghasilkan sijil.

Baca Juga



Catat Ulasan

0 Ulasan