Ticker

6/recent/ticker-posts

4 Koleksi Resepi Laksa Mudah Dan Ringkas

Laksa merupakan hidangan tradisional dalam masakan Melayu yang terkenal di rantau Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Hidangan laksa ini sangat unik kerana ia menggabungkan bahan - bahan seperti laksa, mi atau bihun, kuah berperisa yang satan berlemak dengan rempah-rempah seperti serai, halia, dan cili, serta bahan-bahan pelengkap seperti daging ayam, udang, taugeh, telur keras, dan daun ketumbar. Terdapat pelbagai jenis laksa yang berbeza mengikut negeri seperti Laksa Kuah Putih Terengganu, Laksa Penang, Laksa Johor dan Laksa Sarawak. Laksa merupakan simbol masakan warisan budaya yang memperlihatkan kepelbagaian rempah dan cita rasa tradisional yang kaya dalam budaya masyarakat Melayu.


Laksa


Baca juga : resepi-kuey-tiow-sup-ala-chinese-style
Telegram : t.me/Masakan_Terengganu

1) Resepi Laksa Kuah Putih Terengganu

Laksa Kuah Putih Terengganu ini merupakan makanan tradisi orang Terengganu dimana kuahnya putih berlemak. Laksa Terengganu ini dihidangkan bersama sayur seperti timun, sayur tauge, kubis, kacang panjang dan daun kemangi dan disertakan dengan lada kisar dan belancan serta sedikit garam. Laksa Terengganu boleh dimakan untuk sarapan pagi, sarapan petang dan sarapan malam. Kuah Laksa Putih Terrengganu gabungan antara santan dan ikan selayang


Laksa Kuah Lemak


Bahan - Bahan Kuah

  • Ikan Selayang 1 kilo
  • Bawang Merah 8 ulas kisar
  • Halia 2 inci kisar
  • Lada Hitam 1 Sudu kisar
  • Santan 200 gram
  • Gula dan garam
  • Asam Keping
Bahan - Bahan Ulam
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Daun Kemangi
Bahan utama 
  • Laksa
Cara Masak Laksa Kuah Putih

Langkah pertama ialah buang perut atau siangkan ikan selayang terlebih dahulu dan rebus ikan yang telah siap disiang dengan air beserta asam keping dan sedikit garam. Selepas itu asingkan tulang ikan yang telah siap direbus. Selepas itu kisar isi ikan bersama air rebusan ikan selayang tadi.

Panaskan Periuk dan masukkan santan dan isi ikan yang telah dikisar tadi. pastikan kuah santan itu dikacau dengan api yang perlahan bagi mengelakkan kuah tersebut hangit. Kemudian masukan bahan yang dikisar dan seperti biasa kuah mesti dikacau bagi mengelakkan santan berketul dan tidak berkeladak.

Tunggu hingga pecah minyak dan apabila kuah sudah kelihatan agak pekat maka anda boleh menutup api kuah laksa berkenaan dan boleh diboleh dimakan bersama laksa serta ulam - ulam.

2) Resepi Laksa Penang


Laksa Penang ini merupakan resepi tradisi orang pinang dan orang utara dimana laksa pinang ini mempunyai kuah yang masam, pedas dan mempunyai bau yang berorama hasil campuran daun kesum dan bunga kantan.


Laksa Penang


Bahan - Bahan Kuah :
  • Ikan Selayang 1kg
  • Asam Keping 4 atau 5 keping
  • Bawang Merah 7 biji dikisar
  • Belacan 1 ibu jari
  • Cili Kisar 1 Senduk
  • Bunga kantan 1
  • Daun Kesum 1 ikat
  • Garam
Bahan - bahan ulam
  • Telur yang siap direbus
  • Bawang besar dihiris
  • Timun dihiris
  • Salad dihiris
  • Cili dipotong kecil
  • Limau kasturi
  • Daun pudina kalau tiada tiada masalah
Bahan utama
  • Laksa

Cara Masak Laksa Penang

Rebus ikan kembung bersama asam keping dan garam beserta air. Selepas itu asingkan isi ikan dan tulang ikan dan blendkan juga tulang ikan dan tapis airnya. Panaskan kuali dan masukkan air bersama semua bahan dikisar dan masukkan bunga kantang dan asam keping. Tunggu sehingga masak dan mendidih serta bertukar warna selepas itu masukkan bahan cukup rasa garam dan perasa. 

3) Resepi Laksa Johor


Laksa Johor merupakan makanan temurun bagi orang johor dan laksa johor ini mempunyai keunikkannya sendiri. ini kerana laksa johor ini tidak menggunakan laksa tetapi menggunakan spaghetti ini. Spaghetti ini digunakan kerana dikaitkan dengan kerabat diraja johor yang makan laksa johor menggunakan spaghetti. Laksa johor ini sama juga dengan laksa kuah lemak terengganu dimakan menggunakan tangan bagi membangkitkan kesedapan laksa itu sendiri.


Laksa Johor


Bahan - bahan Kuah
  • Ikan Selanyang 1 kg
  • Serai 2 batang diketuk
  • Cili Kisar 2 Senduk
  • Serbuk Kari Babas 2 Senduk
  • Santan pekat 1kg
  • Kerisik
  • Asam Keping 4 keping
  • Gula, garam dan perasa
Bahan - bahan ulam
  • Timun dihiris
  • Taugeh
  • Daun Kesum dihiris
  • Bunga Kantan dihiris
Cara Masak Laksa Johor

Panas kuali dan rebus ikan selayang bersama air dan asam keping dan sedikit garam. selepas itu asingkan isi ikan dengan tulang dan kisarkan isi ikan tersebut. Selepas itu kisar jugak sedikit tulang ikan. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan - bahan yang dikisar. Pastikan tumis bahan dikisar sehingga naik bau dan masukkan rempah kari dan serai dan masukkan cili kisar tunggu sehingga pecah minyak. 

Selepas itu masukkan santan dan sedikit air dan isi ikan beserta tulang yang dikisar. Pastikan kacau selepas masukkan santan untuk mengelakkan santan berketul - ketul dan masukkan kerisik kacau sehingga masak. 

Untuk Spaghetti panaskan air dalam periuk dan masukkan spaghetti dan tunggu sehingga spaghetti itu lembut dan boleh dihidangkan.

4) Laksa Sarawak


Laksa Sarawak merupakan makan bagi orang negeri sarawak dimana ia dimakan pada waktu pagi dan petang. Keunikkan laksa sarawak ini ialah ia menggunakkan mihun dan kuahnya seperti kuah kari lemak disertakan dengan udang dan hirisan telur dadar.


Laksa Sarawak



Bahan - Bahan Kuah
  • Bawang merah 3 bijin dikisar
  • Bawang putih 2 ulas dikisar
  • Cili kering dikisar
  • Serbuk ketumbar 1/2 sudu kecil
  • lengkuas 1/2 inci dikisar
  • Jintan manis 1/2 sudu kecil
  • JIntan Putih 1/2 sudu kecil
  • Batang serai 1 dihiris dikisar
  • Belancan yang dibakar 1/2 dikisar
  • Bijan 1/2 sudu besar
  • Kacang tanah 4 sudu digoreng tanpa minyak dan buang kulit
  • minyak
  • garam dan gula
Cara - Cara untuk Pes

Kisarkan semua bahan dikisar dan kisar kacang dan bijan dan campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga rata. Panaskan minyak dan masak sehingga naik minyak.

Bahan - Bahan Kuah
  • Pes Laksa Sarawak seperti diatas
  • Isi ayam
  • Udang
  • Asam keping 3 keping
  • Serai 1 batang
  • Bawang besar dipotong kasar
  • Akar daun ketumbar
Cara Masak Kuah

Panaskan periuk dan masukkan air ke dalam periuk bersama serai, akar daun ketumbar dan bawang besar tunggu sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan isi ayam dan tunggu sehingga masak dan tos isi ayam tersebut dan carik isi asam tersebut untuk dihidangkan bersama laksa sarawak. 

Selepas itu mengunakan air rebusan tadi masukkan udang dan toskan udang untuk dihidangkan bersama laksa sarawak nanti. Selepas itu ambik kepala udang dan kisar dan masukkan dalam kuah laksa bagi menaikkan lagi rasa kesedapan kuah dan masukkan pes Laksa sarawak dan tunggu sehingga masak.

Bahan untuk Sambal
  • Bawang Merah 3 ulas
  • Bawang Putih 1 ulas
  • Cli Merah 5 biji
  • Belancan 1 sudu kecil
  • Udang kering 5 sudu
  • Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula
Cara Masak Sambal

Panaskan minyak tumis semua bahan untuk sambal diatas kecuali asam jawa dan gula serta garam. Tunggu sehingga pecah minyak dan masukkan air asam beserta garam dan gula dan perasa. Pastikaan anda menumis dengan api yang perlahan dan tunggu sehingga sambal tersebut kering.

Bahan Hidangan
  • Mihun
  • Telur dadar yang dihiris
  • Isi Ayam yang dicarik
  • Sambal
  • Limau Kasturi
Baca juga : 








Catat Ulasan

0 Ulasan