Ticker

6/recent/ticker-posts

ePrasekoloh KPM : Semakan Penempatan Prasekolah KPM sesi 2022

ePrasekoloh KPM : Semakan Penempatan Prasekolah KPM sesi 2022

ePrasekoloh KPM : Semakan Penempatan Prasekolah KPM sesi 2023

Untuk makluman kepada semua ibubapa, semakan permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2022/2023 boleh disemak bermula 5 Ogos 2022 di Portal ePrasekolah KPM.

Seperti sedia maklum, permohonan kemasukan ke prasekolah KPM bagi tahun 2022 ini telah dibuka pada 1 Mac hingga 30 April 2022. Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian

Telegram https://t.me/didik2u

Baca juga semakan penempatan tahun 1

Tarikh Semakan Penempatan Prasekolah Bagi Tahun 2022 Online

Tarikh Semakan penempatan ke Prasekolah KPM boleh disemak bermula 5 Ogos 2022. Semakan bolehlah dilakukan secara atas talian di POrtal ePrasekolah KPM.

Berikut merupakan cara membuat semakan penempatan Prasekolah KPM

Secara atas talian

Secara Manual

  • Permohonan manual melalui sekolah dipohon
  • semakan boleh dilakukan bermula 5 Ogos di sekolah yang dipohon

Status merujuk kepada status permohonan anda

  • Menunggu - Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tdak Lengkap -  Permohonan/dokumen tidak lengkap, sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut
  • Disahkan -  Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan
  • Berjaya - Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran
  • Tidak Berjaya - Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan

Cara Membuat Rayuan Permohonan

Kepada Ibubapa yang membuat permohonan tetapi tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh 2 minggu semasa semakan dikeluarkan diportal eprasekolah.moe.gov.my

Bagi Ibubapa yang membuat permohonan secara manual, Sesi rayuan hendaklah dilakukan secara manual di sekolah berkenaan, PPD, dan JPN bagi negeri yang tiada PPD

Keputusan rayuan boleh disemak pada 10 September 2022 tertakluk kepada pindaan. portal semakan rayuan eprasekolah.moe.gov.my 

Bagi rayuan semasa manual, anda boleh membuat semakan secara terus kepada sekolah yang anda buat rayuan. Selain itu, pihak sekolah juga, akan menghubungi ibubapa bagi rayuan yang berjaya.

Maklumat lanjut
boleh email JPN atau rujuk portal eprasekolah.moe.gov.my

Baca Juga 

Sumber : KPM / harianpost


Catat Ulasan

0 Ulasan