Ticker

6/recent/ticker-posts

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 KPM

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 KPM

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 KPM


Kepada Ibubapa yang mempunyai anak yang akan bersekolah tahun 1 pada tahun hadapan, anda boleh melakukan semakan penempatan murid tahun 1 sesi 2022/2023 KPM bermula 1 Ogos 2021 secara atas talian di POrtal KPM.



Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023


Sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) telah diperkenalkan oleh KPM bagi memudahkan Ibubapa melakukan permohonan anak mereka bersekolah tahun 1. Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan ibubapa dalam semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak tanpa perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri

Tarikh pendaftaran kemasukan tahun 1 telah dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2021 

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 KPM


Tarikh Semakan Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023


Anda boleh melakukan semakan bermula 1 Ogos 2021


Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 KPM

Bagi Sekolah Rendah di Putrajaya semakan kemasukan murid tahun 1 telah di tangguh kepada 1 November 2021

Cara Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM


Ibubapa perlu ada akaun sendiri dan ibubapa/penjaga boleh meneruskan pendaftran secara online

Berikut Merupakan Langkah Melakukan Pendaftaran Tahun 1 Secara Online :

  • Klik pada portal ini https://public.moe.gov.my/
  • Tekan Butang Log Masuk
  • Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  • Sila Pilih Semakan Penempatan
  • Status Permohonan akan dipaparkan
  • Anda boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan

Pengesahan Penempatan Tahun 1 2022

Ibubapa/penjaga boleh membuat pengesahan berdasarkan panduan berikut : 

Tindakan Ibubapa/Penjaga

Perakuan Penampatan
  • Pengesahan Penempatan perlu dibuat secara atas talian oleh ibubapa/penjaga
  • Surat penempatan tidak perlu dihantar ke Sekolah namun salinan tersebut mestilah dicetak dan simpan untuk dibukti semasa Pendaftaran ke Sekolah bila diperlukan
  • Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu Menhubungi Sekolah Yang Ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut
Permohonan Rayuan
  • Segala Permohonan Rayuan penempatan mestilah melalui secara atas talian dalam sistem dan tiada secara manual
  • peringatan sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu/bapa/penjaga dilaksanakan
  • Segala Keputusan Rayuan adalah Muktamad
  • Keputusa Rayuan perlu disimpan dengan selamat sebagai bukti semasa pendaftaran ke Sekolah
Tindakan Sekolah
  • Pihak Sekolah perlu muat turun, cetak dan simpan semua surat penempatan termasuklah rayuan dalam softcopy dan hardcopy
  • Pihak Sekolah juga perlu Semak status perakuan ibu/bapa/penjaga dan hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat perakuan online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut
  • Setiap tindakan yang diambil perlu direkod
Terlupa Kata Laluan
  • Klik Emel atau Soalan Keselamatan atau Padanan Anak
  • Untuk Emel - Masukkan Kad Pengenalan dan pengesahan kod dan mohon kata laluan
  • Untuk Soalan Keselamatanv- masukkan Kad pengenalan - jawab soalan keselamatan - mohon kata laluan
  • Untuk Padanan Anak - Masukkan kad pengenalan - masukkan kad pengenalan anak - masukkan nama anak - mohon kata laluan
Maklumat Lanjut
Segala persoalan boleh hubungi dan emel dipautan dibawah

Sumber : KPM / harianpost.my

 



Catat Ulasan

0 Ulasan