Ticker

6/recent/ticker-posts

Niat Puasa Ganti Ramadan : Lafaz Dan Hukum

Pada bulan Ramadan umat islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan seperti mana yang diperintahkan Allah SWT iaitu wahai orang - orang beriman diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang terdahulu daripada kamu. Maksud Puasa ialah menahan diri atau berpantang diri daripada makan dan minum serta menjauhkan diri daripada perkara - perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Untuk berpuasa umat islam diwajibkan untuk niat puasa. Pada bulan puasa ini ia mampu mendidik seseorang untuk lebih bersabar dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Selain itu melalui puasa juga, ia dapat memberi manfaat pada badan dan membersihkan sistem pencernaan seseorang dan dapat mambantu untuk menurunkan berat badan.


niat puasa ganti ramadan


Baca juga : niat-puasa-bulan-ramadhan
Telegram : Info_Islam

Maksud Puasa Ganti

Puasa ganti atau puasa qadha membawa maksud menggantikan atau penebusan bagi puasa yang ditinggalkan pada bulan ramadan. Kebiasannya puasa ganti dilakukan kerana datang hadi bagi perempuan pada bulan ramadan, musafir, ibu hamil yang bimbang akan keselamatan kandungan dan nifas. Bilangan bagi puasa ganti mestilah sama dengan bilangan puasa yang ditinggalkan pada bulan ramadan. 

Niat Puasa Ganti

Niat merupakan ucapan individu samaada secara lisan atau dalam hati untuk melakukan sesuatu amalan. Maka seseorang perlulah niat puasa ganti sekiranya ingin berpuasa kerana sesiapa yang tidak berniat puasa maka puasanya tidak sah. Berikut merupakan Niat Puasa Ganti :


Niat Puasa Ganti


Hukum Puasa Ganti

Hukum puasa ganti ramadan bagi umat islam adalah fardhu ain dan wajib ditunaikan serta seseorang itu tidak boleh sewenang - wenangnya untuk memutus atau membatalkan puasa dengan sengaja dan ia merupakan dosa besar sekirannya membatalkan puasa ganti dengan sengaja. Ini kerana, puasa ganti merupakan kewajipan agama dalam bentuk penggantian atau penebusan pada puasa yang ditinggalkan pada bulan ramadan.

Gabung Puasa Ganti Bersama Puasa 6 Syawal

Dalam Mazhab Syafie berlakunya perselisihan pendapat antara fuqaha syafie berkaitan isu mengabungkan puasa ganti bersama puasa enam syawal seperti dibawah


Niat Puasa Ganti
Niat Puasa Ganti
Niat Puasa Ganti


Mengabugkan puasa ganti bersama puasa enam syawal mengikut pendapat muktamad ialah lebih afdal seseorang itu melakukan puasa ganti dan puasa enam syawal secara berasingan. namun jika henda mengabungkan juga puasa ganti bersama puasa enam ai diharusan dan mendapat ganjaran pahala kedua - duanya mengikut pendapat yang dhaif.

Maksud Fidyah

Fidyah ialah denda sebagai gantiakan kepada seseorang yang tidak mampu berpuasa pada bulan ramadan disebabkan oleh alasan yang sah dan tidak dapat mengantikannya pada kemudian hari. Contoh alasan yang sah ialah sakit kronik dan kehamilan yang berisiko.

Dalam keadaan seperti ini, individu tersebut dapat membayar fidyah untuk menebus ketidakmampuannya menjalankan puasa. Fidyah biasanya berupa memberi makan kepada orang miskin atau memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan, dalam beberapa kasus dengan jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum agama.

Kesimpulan

Orang yang menyegerakan puasa ganti merupakan sikap terpuji seseorang dan dituntut oleh syarak bagi mereka yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan.

Baca juga :

 

Catat Ulasan

0 Ulasan