Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Maggi Goreng : Mudah dan Ringkas

Maggi merupakan "Mi Segera" yang cukup terkenal diseluruh dunia. Maggi ini dikeluarkan oleh syarikat Nestle. Maggi ini terkenal disebabkan cara penyediaannya yang mudah dan pantas. Untuk memasak Maggi ini kita hanya perlu mendidihkan air sekejap dalam beberapa minit kemudiannya kita masukkan perisa yang disediakan mengikut citarasa kita. Terdapat pelbagai jenis Maggi iaitu Maggi Kari, Maggi Tomyam, Maggi Asam Laksa dan Maggi Ayam. 

Kebiasannya Maggi ini sangat popular apabila seseorang berada dihujung bulan dan dipinggirkan semasa gaji. Ini Kerana dihujung bulan kewangan agak nipis dan Maggi merupakan Makanan Rahmah yang murah, mudah, pantas dan sedap dimakan. Selain itu, Maggi juga boleh popular dimasak dengan Maggi Goreng, Sup Meggi dan Tomyam Maggi. Berikut merupakan Resepi bagi Maggi Goreng. Maggi Goreng merupakan masakan panas yang disediakan di kedai makan makan dan merupakan menu wajib di setiap kedai makan kerana ia mudah disediakan serta tidak menggunakan banyak bahan.


Maggi Goreng


Baca juga : 4-koleksi-resepi-laksa-mudah-dan-ringkas.html
Telegram : https://t.me/Resepi_Masakan

Table Of Content

Bahan Maggi

  • Maggi 1 Paket bersama perencah
  • Bawang putih 1 ulas
  • Telur 1 biji
  • Cili Kisar
  • Udang 
  • Kicap Manis
  • Sos Cili
  • Perasa
  • Sawi
  • Tomato
  • Cili padi

Bahan Hiasan

  • Limau Nipis
  • Daun Sup

Cara Penyediaan

  1. Sediakan periuk untuk rebuskan Maggi tersebut. Pastikan Maggi yang direbus itu hanyalah separauh masak sahaja dan toskan.
  2. Ambik kuali dan panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang diketuk atau dicicang kedalam kuali dan tumis sehingga naik bau atau bawang putih bertukar warna kekuningan dan masukkan udang serta masukkan sedikit air. 
  3. Seterusnya masukkan Cili Kisar, Kicap Manis dan Sos cili kacau hingga pecah minyak dan masukkan telur sambil kacau telur tersebut.
  4. Seterusnya masukkan Maggi yang sudah direbus bersama sayur sawi, cili pdi dan masukkan sedikit perencah Maggi bagi menambah rasa pada Maggi Goreng dan gaul hingga sebati dan masukkan tomato.
  5. Selepas siap boleh dihidangkan bersama Limau Nipis dan daun sup yang dipotong halus serta telur mata.

Maggi goreng

Toskan Maggi yang direbus

Maggi Goreng

Ketuk Bawang putih untuk menumis

Masukkan Cili Kisar

Masukkan cili kisar

Maggi Goreng

Masukkan Sedikit Perencah Maggi

Maggi Goreng

Masukkan Sayur dan Cili

Maggi Goreng

Gaul hingga Sebati bahannya dan siap untuk dihidangkan

PERINGATAN :

Rebus Maggi hanya separuh masak sahaja sekirangnya Maggi direbus terlalu masak Mi Meggi itu akan kembang dan muak untuk dimakan. Sekian Terima Kasih. Selamat Mencuba.

Resepi Masakan Lain : 

Catat Ulasan

3 Ulasan