Ticker

6/recent/ticker-posts

Pisang : Resepi Kek Pisang

Pisang merupakan buah - buahan yang membaiki pulih stamina seseorang dengan cepat. Selain itu, pisang juga boleh digunakan dalam masakan untuk membuat kek. Kek yang terkenal dengan buah pisang ialah kek pisang dimana kek tersebut dibuat bersama adunan buah pisang. Kek pisang pada awalnya dihidangkan semasa musim perayaan sahaja namun kini kek pisang sudah dimakan dan dihidang pada bukan musim perayaan.

Kek pisang mempunyai keistimewaannya sendiri iaitu bentuknya yang lembut, gebu dan manis pisang serta mempunyai bau yang wangi. Kini kek pisang sudah menjadi kelaziman orang malaysia sebagai hidangan makan petang dan hidangan kepada tetamu. Kek Pisang ini juga boleh tahan lebih lama berbanding buah pisang.

Cara membuat kek pisang ini sangat mudah kerana tidak perlu menggunakan bahan yang banyak dan pastikan bahan utama mesti ada iaitu buah pisang dan bagi memastikan kek pisang itu lebih wangi dan gebu gunakan pisang yang masak ranum sahaja.

Baca juga : Resepi-nasi-lemak
Telegram : t.me/Masakan_Terengganu


kek pisang

Resepi Kek Pisang

Bahan - Bahanya ialah :

Bahan diayak :



kek pisang

  • Tepung gadung (2 cawan)
  • Baking powder (1 sudu kecil)
  • Baking soda atau soda bikarb0nat (1 sudu kecil)

Bahan dikisar :



kek pisang

  • Buah pisang 600 gram (4 biji) saya gunakan pisang jepun
  • Minyak (1 cawan)
  • Gula Kastor (1/2 cawan)
  • Gula Perang (1/2) cawan)
  • Telur (3 biji)

Cara Penyediaan Kek Pisang



kek pisang


Langkah pertama ialah tuangkan bahan - bahan diayak ke dalam bahan yang dikisar secara sedikit demi sedikit sambil kacau supaya bahan tersebut rata dan tepung tidak berketul.


kek pisang


Sebelum tuang adunan ke dalam dulang pastikan anda menyapu sedikit majerin pada dulang supaya kertas baking tidak melekat pada dulang seperti pada gambar di atas. 


kek pisang

Masukkan kertas baking ke dalam dulang yang telah disapu majerin


kek pisang

Masukan adunan yang telah dikisar ke dalam dulang yang telah di masukkan kertas baking


kek pisang


Untuk hiasan susan pisang yang dihiris pada adunan yang telah dimasukkan dalam dulang pastikan pisang tersebut letak semasa oven telah panas bagi mengelakkan pisang tersebut tengelam dan bakar dalam oven dalm suhu 160c bersamaan lebih kurang 50 minit bergantung kepda avon masing - masing. 

Makluman

Untuk mengetahui sama ada kek pisang tersebut telah masak sepenuhnya adalah dengan menggunakan lidi dan cucuk ke dalam kek tersebut. Sekirannya lida tersebut bersih dan tidak melekat kek ketika angkat daripada cucuk maka kek pisang tersebut telah masak sepenuhnya.





Catat Ulasan

0 Ulasan