Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Nasi Lemak Kuning

Nasi Lemak merupakan menu sarapan pagi tradisi orang Malaysia. Nasi Lemak biasanya di makan bersama telur, bilis dan tinum batang bersama dengan sambal. Namun kini, Nasi lemak sudah di makan dengan pelbagai lauk iaitu ayam masak merah, sotong masak merah, kerang masak merah dan ayam berempah. Nasi lemak juga di makan pada waktu malam pada kini dan mendapat sambutan yang menarik. Nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang mempunyai aroma yang berbeza daripada nasi lemak yang tidak dibalut dengan daun pisang. 

Namun, di negeri Terengganu terkenal dengan Nasi Lemak kuning. Nasi Lemak kuning bermaksud nasi lemak itu berwarna kuning lauk sama seperti nasi lemak biasa cuma yang membezakannya adalah nasi berwarna kuning itu sahaja.. Nasi Lemak kuning ini kebanyakan dimasak oleh orang lama dan sangat terkenal di kampung seberang takir Terengganu.


Resepi Nasi Lemak Kuning

Cara Memasak Nasi Lemak Kuning

Bahan - bahannya ialah :

Bahan untuk Nasi 

  • Beras 2 pot
  • Santan pekat dalam rm2
  • Daun pandan
  • Serbuk Kunyit
  • Garam secubit
  • Air gune sukatan yang same dengan sukatan beras (1/2 pot)

cara memamasaknya ialah seperti biasa masak nasi bersama santan dan sukatan air santan antara nasi paras air santan kurang 1inci daripada satu paras garisan jari dan masukkan daun pandan bagi menaikkan lagi aroma nasi lemak itu serta masukkan sedikit garam bagi melemakkan nasi lemak itu sendiri.

nasi lemak


Cara Kukus ikan aye / tongkol

  • Ikan aye/tongkol
  • Air
  • Asam keping
  • Garam
  • Daun pandan 
Masukkan air dalam periuk dalam masukan asam keping, garam dan daun pandan kemudian akhir sekali masukkan ikan tunggu sehingga masak

Cara Masak Sambal Nasi Lemak

  • Bawang besar 4 biji 
  • Bawang putih 3 ulas(blend sekali) 
  • Tumis sekali dgn cili mesin
  • Renih atas dapur 
  • Kemudian letok nisan 1 kerek, perasa (sy gune hilal), garam, sos cili dalam 4 sudu besar, letok sedikit air kukusan ikan aye td.. Letok daun pandan (tumiskan sekali) 
  • Lepas tu tabur atas ikan aye yang direbus td.. 
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih serta cili mesin dan renihkan. Selepas itu masukkan nisan atau gula melaka 1 kerek, perisa, garam, sos cili dalam 4 sudu besar kemudian masukkan sedikit air rembusan ikan tadi. Kemudian letak daun pandan tunggu sehingga masak dan selesao boleh taburkan sambal nasi lemak tadi keatas ikan aye atau tongkol yang sudah masak dikukus.

sambal nasi lemak



Baca juga 

Siappp!  😀
Selamat mencuba semua resepi tradisi orang Terengganu terutamanya orang seberang takir terengganu. Terengganu negeri cantik orangnya baik - baik.


Catat Ulasan

0 Ulasan