Ticker

6/recent/ticker-posts

RESEPI NASI KERABU KELANTAN

 RESEPI NASI KERABU KELANTAN

RESEPI NASI KERABU KELANTAN
                                                                    Kredit Foto Google

Nasi Kerabu merupakan masakan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Ia sangat Sinonim dengan negeri Kelantan. Disini dikongsikan Resepi membuat Nasi Kerabu.

Sambal Tumis Nasi Kerabu :

Bahan - bahan :

  • 10 Cili Kering
  • 1/2 labu Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 1 biji Bawang Besar
  • 1/2 inchi Halia
  • 200 Gram Santan Pekat
  • 2 Keping asam keping
  • 3 Batang Serai
  • 1 1/2 sudu gula ( Sudu Besar)
  • 2 Sudu Besar Budu
  • 2 Sudu Garam halus ( Sudu Kecil)
  • Minyak Masak ( pastikan minyak yang digunakan dalam kuantiti yang banyak)

Cara - cara membuatnya ialah :

  • kisarkan semua bahan ini sehingga hancur ( Cili, Bawang dan Hali )
  • Masukkan Minyak tumiskan bahan - bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan 1 1/2 cawan air 
  • Masukkan Santan ( Pastikan selalu kacau untuk mengelakkan santan itu daripada berketul dan hangit)
  • Masukkan serai (diketuk) dan asam keping
  • Apabila sudah mendidih masukan Budu dan Gula.
  • Selepas itu masukkan garam ( pastikan masukkan garam secara sikit - sikit dan cuba untuk rasa untuk mengelak masakan terlebih masin kerana budu sudah masin)
  • Kacau sehingga pecah minyak dan selepas pecah minyak boleh padamkan api.
Bahan - bahan Sambal Ikan :
  • 1 Biji Kelapa Parut ( goreng dengan api perlahan supaya tida menjadi terlalu perang dan tumbuk supaya sedikit sahaja
  • ikan selayang 7 ekor ( rebus dan ambik isinya dan tumbuk
  • Bawang Merah 5 Ulas
  • 5 Batang Serai
  • 2 1/2 Sudu Besar garam
  • 21/2 sudu Kecil Garam.
Cara - cara membuatnya ialah :
  • Serai di tumbuk Hancur 
  • masukkan Bawang Merah tumbuk bersama serai yang hancur
  • Masukkan garam dan gula untuk sesedap rasa 
  • Masukkan Isi ikan yang ditumbuk tadi bersama kelapa goreng dan gaul bagi sama rata.

Bahan untuk Sambal Cili :

  • 1/2 Kg Cili
  • Gula
  • Garam
  • Belacan
  • Asam Jawa
  • dan kisar semuanya

Bahan untuk Ulam - ulamanya :

  • Kubis
  • Timun Batang
  • Kacang Panjang
  • Bunga Katang
  • Hiris Harus semua bahan ulamanya ini
Cara Memasakan Nasi:
  • 5 1/2 pot Beras dan air secukupnya
  • 15 kuntum bunga telang 9 tujuannya untuk menajdikan nasi itu colour biru sekiranya tiada gunakan penawar biru namun penggunaan Bunga Telang lagi menbangkitkan nasi itu.
  • Serai diketuk dan daun limau purut.
Ramuan Ayam Madu Bakar :
  • Ayam pastikan direbus separuh masak
  • Gula
  • Sos Tiram
  • madu
  • Sos Cili
  • Cili Kering
  • Bawang yang dikisar
Bahan Tambahan :
  • Telur Masin
  • Keropok Goreng
Kredit : Nurul Farhanim

Selamat mencuba


 


Catat Ulasan

0 Ulasan