Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) FASA 2

PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) FASA 2

Pengambilan Khas IPG

Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa anda untuk  Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bertujuan melatih bakal Guru di Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Tempoh pengajian Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pelajar yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa. 

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN KE IPG

  • Warganegara Malaysia. 
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut:
    - Bahasa Melayu
    - Sejarah
    - Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan. (Lampiran A)

BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS 

BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS

BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS

TARIKH - TARIKH PENTING PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

TARIKH - TARIKH PENTING PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

CARA MEMOHON

  • Iklan pengambilan khas PISMP Fasa 2 ini di secara atas talian sahaja di laman sesawang berikut https://www.moe.gov.my/  atau https://pismp.moe.gov.my/ 
  • permohonan boleh mula dibuka mulai 16 hingga 22 Julai 2021
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Bagi pemohon yang terpilih hendaklah menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.
  • Untuk maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://www.moe.gov.my/ atau https://pismp.moe.gov.my/.
  • Pemohon  hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Peringatan !!

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah / memanipulasikan maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. 

Tarikh tutup permohonan : 22 JULAI 2021 (11.59 MALAM) 

BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI AMBILAN KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG MEMPUNYAI SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) DAN SIJIL UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) BAGI TAHUN 2021 RUJUK SINI

SEBARANG PERTANYA SILA RUJUK DIBAWAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar) No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769

emel : jpp@ipgm.edu.my

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia 
 
 



Catat Ulasan

0 Ulasan