Ticker

6/recent/ticker-posts

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KEMENTERIAN/ AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIKAN MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KEMENTERIAN/ AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIKAN MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER

Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan, Bahagian sumber manusia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, mempelawa anda untuk mengisi jawatan Kosong bagi jawatan kader di kementerian atau Agensi diluar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kelayakan Umum bagi membolehkan anda mengisi kekosongan jawatan ini ialah :

  • Merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44/DG48/DG52/DG54 yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mempunyai kelayakan ikhtisas/ kelulusan dalam opsyen seperti di Lampiran A.
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Pengalaman Mengajar 3 tahun
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan memuaskan
  • Markah prestasi sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun terkini contoh (2018-2020)
  • Bebas atau tidak pernah dikenakan daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah
  • Permohonan anda mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing
  • Pemohonan hendaklah bersedia berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun bagi jawatan kader tersebut
  • Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/ Agensi luar dari KPM

Cara Memohon Kekosongan Jawatan Kader Seperti Berikut :

  • Sila gunakan Borang Permohonan Masuk Jawatan Kader seperti di LampiranB untuk memohon
  • Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing
  • Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar melalui emel kepada izzati.ahmad@moe.gov.my/ noraizawati.amanaf@moe.gov.my
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan

Untuk sebarang Pertanyaan boleh hubungi Unit Guru, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7828 / 7769

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

s



Catat Ulasan

0 Ulasan