Ticker

6/recent/ticker-posts

Graduan Bukan Pendidikan Juga Berpeluang Mohon Guru

Graduan Bukan Pendidikan Juga Boleh Memohon Jawatan Guru

pengambilan khas guru


Menteri Kanan Pendidikan Dr.Radzi Jidin telah mengumumkan Pengambilan Khas Guru Secara One-off bagi menagataasi masalah kekurangan guru bagi negeri Sarawak, Sabah, Johor dan Selangor. Pengambilan merupakan pengambilan terbesar dalam memastikan pendidikan menjadi tunjang utama negara. Pengambilan Guru ini akan ditempatkan pad bulan Oktober secara beperingkat.

Bagi graduan yang mempunyai ijazah yang berminat menjadi guru anda boleh melakukan permohonan guru bermula 7 Julai 2021 untuk memenuhi matapeajaran yang kekurangan guru.

matapelajaran yang kekurangan guru

Namun masih menjadi tanda tanya kepada semua graduan yang berminat menjadi guru?? apakah syarat yang ditetapkan untuk memohon pengambilan guru khas secara one-off ini?? Seperti sedia maklum jawatan guru merupakan jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 ia bermakna kelulusan minimum ialah perlu memiliki ijazah sarja muda untuk memohon.

Ramai graduan di Malaysia memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda kerana semua universiti di Maaysia mengeluarkan setiap tahun graduan ijazah sarjana muda. Namun tidak semua, graduan ijazah sarjana muda mendapat pekerjaan setaraf dengan kelayaknya.

Adakah permohonan jawatan khas guru ini terbuka kepada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sahaja? Menurut Menteri kanan Pendidikan Dr.Radzi Jidin pada sidang media semalam, jawatan khas guru secara one-off ini terbuka kepada semua graduan universiti yang memilik ijazah, namun kelebihan diutamakan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan namun Ijazah Sarjana Muda juga boleh memohon sekiraanya ijazah mereka ada kaitan yang matapelajaran yang dipohon.

Hal ini demikian kerana, Pengambilan guru secara khas ini secara besar - besaran maka ia memerlukan ramai graduan tidak kira ISMP atau ISM.

untuk keterangan pengambilan guru boleh rujuk disini 

Semoga ada rezeki anda menjad guru yang berdedikasi dalam melahirkan masyarakat yang akan menerajui pimpinan negara pada masa akan datang.

Catat Ulasan

0 Ulasan