Ticker

6/recent/ticker-posts

HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN

HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN

HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021


Memetik kenyataan Menteri Kanan Pendidikan iaitu Dr. Radzi Jidin bermula 7 Julai 2021 akan dibuka permohonan pengambilan khas Guru secara one-off seramai 18702 guru baharu bagi menampung masalah kekurangan guru di Malaysia terutamanya bagi negeri Sarawak, sabah, johor dan selangor. Pengambilan guru secara one-off ini merupakan pengambilan terbesar dalam sejarah pengambilan guru.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan iaitu pelajar semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara anda layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA)

Selain itu, graduan ijazah sarjana muda atau bukan pendidikan sama ada awam, swasta dan luar negara anda juga layak memohon mengikut bidang anda. Pengambilan guru ini dapat mengurang beban guru di sekolah yang tidak mencukupi guru dan melancarkan program - program pendidikan negara.

Pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ini melibatkan 47 opsyen

Berikut Merupakan senarai opsyen yang ditawarkan :

  • Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:

    HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN

    HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN


    HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN

    HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN

    HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 MELIBATKAN 47 OPSYEN




  • Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:

    HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021

    *Peringatan penting !! Hanya calon-calon yang memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan ditempatkan di SJKC.*


Untuk Pengetahuan anda semua, Temu duga ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk urusan Temu Duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan

Peringatan 
Anda diminta untuk memohon, menghantar dan mengemaskini permohonan sebelum 21 julai 2021 jam 11.59 malam mengikut senarai dibawah:

Arahan memut naik Dokumen Temu duga

Panduan Memuat Naik Dokumen Temu duga

Senarai Semak Temu Duga

Sebarang soalan lazim pengambilan guru secara one-off  ini rujuk ini

Untuk Mendaftar MySPP boleh klik disini

Untuk mendapatkan tips temuduga lulus temuduga rujuk 10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Guru

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP)

Catat Ulasan

0 Ulasan