Ticker

6/recent/ticker-posts

Anda perlu mengisi SPP dahulu sebelum memohon jawatan Guru DG41 yang akan dibuka 7 Julai 2021

Anda perlu mengisi SPP dahulu sebelum memohon jawatan Guru DG41 yang akan dibuka 7 Julai 2021

Pendaftaran MySPP

Seperti yang anda sudah ketahui, Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan pengambilan guru khas secara one-off. Pengambilan guru ini merupakan pengambilan yang tersebar iaitu melibatkan 18 ribu pegambilan guru yang akan ditempatkan disekolah - sekolah yang kekurangan guru. Seperti yang anda sedia maklum permohonan ini akan dibuka pada 7 Julai 2021 dan akan di tempatkan disekolah secara beperingkat bermula Oktober 2021.

Pengambilan Guru ini adalah DG41 dan sekaligus mampu menampung kekurangan guru disekolah dan memastikan dunia pendidikan negara terus maju. Untuk pengetahuan, sebelum memohon jawatan guru, anda perlulah mengisi dahulu maklumat anda pada MySPP. Hal ini kerana, pengambilan guru di Malaysia diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Anda boleh memohon MySPP di portal MySPP.

Apakah SPP?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ini ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Kenggotaan SPP ialah 13 orang yang diketuai oleh pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketua oleh seorang setiausaha. Pelantikan anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Selain itu, SPP berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) iaitu berkaitan pelantikan guru di Malaysia, Pengesahan dalam perkidmatan, Pelantikan ke jawatan tetap dan berpencen serta hal - hal berkaitan kenaikan pangkat guru dan kawalan tatatertib.

Mengapa perlu Mendaftar MySPP?

Anda perlu mendaftar MySPP supaya data anda ada dalam data pihak SPP yang menguruskan pengiklan dan penggilan temuduga jawatan kosong Guru. Seandainya anda tidak mendaftar MySPP anda tidak mempunyai data dan tidak akan dipanggil temuduga Guru.

Untuk anda mengetahui jawatan kosong Guru, Kebiasaanya pihak SPP akan menghebahkan melalui Portal MySPP dan Laman Sosial Facebook SPP. Selain daripada pengambilan guru, SPP juga menguruskan pengambilan jawatan pensyarah untuk Politeknik dan Kolej Komuniti serta pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana AKP.

Boleh baca disini untuk pengambilan Pensyarah Jawatan Kosong Pensyarah

Cara - Cara Daftar MySPP seperti berikut : 

Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Untuk pendaftaran MyID ini anda boleh lakukan pada pautan laman utama MySPP seperti berikut :

  • Klik Pada laman utama SPP https://myspp.spp.gov.my/login.
  • Sila Daftar akaun baharu
  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan pada yang bertanda * ini iaitu kad pengelanan dan nama.
  • Pastikan nama dan kad pengenalan sama seperti nama dalam kad pengenalan anda.
  • Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan e-mel (mestilah sama dengan alamat e-mel semasa pendaftaran di JobsMalaysia, hanya pemohon yang telah berdaftar di JobsMalaysia).

  • Untuk Keselamatan anda disaran untuk mengingat soalan tersebut supaya mudah dalam urusan reset kata laluan.
  • Selepas anda mengisi semua maklumat yang diinginkan dengan betul, anda klik butang daftar.
  • Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula
Maklumat penting yang anda perlu selalu kemaskini ialah : 
  • Maklumat Akademik
    PT3/PMR/SRP/LCE
    - SPM/MCE/SPM(V)
    - Peperiksaan Tambahan
    - STPM/STP/HSC
    - Pengajian Tinggi
    - Profesional

  • Sukan dan Persatuan
  • Rekacipta / Pencapaian
  • Bakat/Kebolehan Bahasa
  • Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan)

Cara Permohonan Jawatan mySPP Online

Peringatan kepada pemohon yang telah berjaya Log Masuk, anda sudah boleh mengisi jawatan yang ditawarkan oleh pihak SPP. Anda disarankan untuk membaca dahulu maklumat jawatan yang ditawarkan supaya mengelak berlakunya kesilapan ketika memohon jawatan kosong.

Di sini disertakan langkah-langkah untuk memohon jawatan di dalam portal mySPP:
  • Lakukan Log in pada Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
  • Pergi bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
  • Sila pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
  • Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
  • Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan untuk memudahkan anda dalam urusan temuduga.
  • Selepas selesai tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  • Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
  • Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  • Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
  • Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan.
  • Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih.
Untuk Mendapat info yang lebih penuh, anda boleh tekan Disini

Semakan Status Pendaftaran seperti berikut :

  • Lakukan Log in pada Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
  • Pergi pada bahagian 'Semakan Pemohon'
  • Akan keluarkan paparan maklumat pendaftaran dan jawatan yang dipohon
  • Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” ini bermakna pemohon anda tidak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh pihak SPP.
Klik disini Untuk Ulasan Pengambilan Guru Khas Secara One-off


Catat Ulasan

0 Ulasan