Ticker

6/recent/ticker-posts

PENDEKATAN PdPR

PENDEKATAN  PdPR

PENDEKATAN DAN KAEDAH PdPR

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

PENDEKATAN  PdPR

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

Pendekatan PdPR 

  • PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:
  • pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
  • aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
  • ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.
  • PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. 
  • Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan daripada sumber seperti di para 7.1.1 dan 7.1.3. Proses memuat turun bahan dilakukan 6 semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuian
  • Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di manamana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak. Pembelajaran secara off-site dilaksanakan mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.
  • Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah yang dilantik
  • Pembelajaran secara gabungan ialah gabungan antara offline dan online



 

Catat Ulasan

2 Ulasan