Ticker

6/recent/ticker-posts

Ustaz Azhar Idrus : Biodata dan Pendidikan

Ustaz Azhar Idrus merupakan seoang pendakwah bebas terkenal di Malaysia dan juga dikenali sebagai UAI. Ustaz Azhar Idrus mempunyai ramai pengikut samaada di media sosial seperti youtube dan facebook. Ustaz Azhar Idrus mencipta satu fenomena dalam bidang dakwah kerana ia mampu menarik ramai pendengar dalam kalangan remaja kerana penyampaiannya yan santai dan terhibur yang mampu menarik minat remaja untuk mengikuti ceramah Ustaz Azhar Idrus. Selain itu, Ustaz Azhar Idrus dikenali sebagai pakar Fiqh di Malaysia kerana keilmuan Ustaz Azhar Idrusnya dalam sesi soal jawab.

Ustaz Azhar Idrus

Baca juga : sujud-sahwi-cara-dan-bacaan
Telegram https://t.me/himpunn ceramah uai

Pengenalan

Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang pendakwah yang berasal daripada negeri Terengganu yang berkongsi ceramah - ceramah dan bercakap mengenai topik islam termasuk iman, kerohanian, isu - isu kontemporari yang dihadapi oleh umat islam. Ustaz Azhar Idrus mempunyai ramai pengikut disebabkan pendekatan beliau dalam penyampaian yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Biodata UAI

Disini disertakan serba sedikit mengenai biodata Ustaz Azhar Idrus.

Nama Ustaz Azhar Idrus ialah Azhar Idrus dan dilahirkan pada 12 Februari 1964. UAI dilahirkan di negeri Terengganu di kampung ladang Kuala Terengganu. Ustaz azhar Idrus telah berkahwin dan mempunyai tiga orang isteri serta mempunyai 12 orang anak.

biodata ustaz azhar idrus


Latar Belakang Pendidikan

Disini dikongsikan serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan UAI. Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendsah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah dan mengikut pengajian diperingkat Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sehingga tingkatan 2 sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sehingga tamat tingkatan 6

Pendidikan Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus telah mendalami ilmu agama secara bertalaqqi dengan ramai guru agama di Negeri Terengganu, antaranya ialah :

Guru Ustaz Azhar Idrus

Kehidupan UAI

  • Seorang Pemain Gitar dan mempunyai kumpulan muzik dan membuat keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut kerana tujuan UAI bermain gitar adalah untuk suka - suka sahaja bukan untuk mencari glamor
  • UAI menjadi Guru Muzik pada tahun 1985
  • UAI pernah bekerja di Utusan Malaysia cawangan Terengganu sebagai artis grafik
  • UAI aktif bersukan dalam sukan berbasikal dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal sekitar tahun 1980an.
  • UAI juga pernah bekerja sebagai mencantik batik dan dari situlah bermulanya UAI mempelajari ilmu agama secara bersungguh - sungguh.
ustaz azhar idrus

UAI main gitar


Jadual Kuliah UAI


UAI mempunyai jadual kuliah yang penuh setiap bulan dan bagi yang berminat untuk mengikuti ceramah Ustaz Azhar Idrus boleh merujuk pada FB Ustaz Azhar Idrus.

ustaz azhar idurs


Baca Juga

Catat Ulasan

0 Ulasan