Ticker

6/recent/ticker-posts

Sujud Sahwi : Cara Dan Bacaan

Sujud Sahwi merupakan satu tindakan yang dilakukan dalam ibadat solat apabila seseorang melakukan kesilapan atau lupa atau tertinggal rukun atau syarat sah solat. Sujud Sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung kekurangan semasa solat dan satu cara untuk memperbetulkan kelalaian atau kesilapan ketika solat. Sujud Sahwi melibatkan perbuatan dua sujud tambahan sebelum atau selepas salam dimana setiap kali sujud disunatkan untuk banyak bertasbih. Ini secara tidak langsung memberi individu untuk meminta keampunan kepada Allah atas kesilapan dan kelalaian semasa solat. Sujud Sahwi merupakan tanda kebesaran Allah yang mengizinkan umat islam untuk memperbetulkkan kesalahan dan memastikan bahawa solat telah dilakukan dengan sempurna.


sujus sahwi

Baca juga : cara-solat-jenazah-niat-dan-doa
Telegram : https://t.me/info agama

Maksud Sujud Sahwi

Secara ringkasnya sujud sahwi bermaksud sujud kerana tersilap manakala sahwi pula memberi maksud salah, lupa atau silap. Dari segi syarak ialah kekurangan atau kesilapan yang dilakukan ketika solat sama ada secara sedar atau terlupa.

Niat

Niat sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam tahiyata akhir solat. berikut merupakan niat sujud sahwi "sahaja aku sujud sahwi" baca dalam hati.

Hukum Sujud Sahwi

Hukum bagi Sujud Sahwi ini adalah Sunat namun sekirannya seseorang terlupa untuk melakukanya maka ia dimaafkan

Sebab Sujud Sahwi dilakukan

Sujud Sahwi dilakukan kerana terdapat beberapa keadaan disunatkan untuk melakukanya iaitu :

  1. Terlepas atau tertinggal rukun solat - jika seseorang merasa ragu - ragu dengan solat dilakukan sama ada telah melakukan rukun atau tidak maka ia disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.

  2. Ragu akan bilangan Rakaat solat - sifat manusia tidak lari daripada terlupa, jika seseorang merasa ragu akan bilangan solat maka ia boleh melakukan sujud sahwi sebagai menampung kelalaian dalam solat.

  3. Meninggalkan Sunat Ab'adh - Berikut merupakan Sunat Ab'adh
    - Tahiyat Awal (pertama)
    - Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
    - Duduk Tahiyat awal
    - Doa Qunut
    - Berdiri semasa qunut
    - Selawat ke atas keluarga nabi ketika tahiyat akhir

  4. Melakukan Rukun bukan pada tempatnya - Sebagai contoh membaca surah Al Fatihah ketika sujud.

Cara Bacaan Ketika Sujud Sahwi

Ketika melakukan sujud sahwi terdapat tiga pendapat yang boleh dibaca ketika sujud :
  1. Pendapat pertama membaca apa yang dibaca ketika sujud solat biasa


    sujud sahwi

  2. Pendapat kedua ialah Baca seperti bacaan dibawah


    Bacaan sujud sahwi


  3. Pendapat ketiga tidak membaca apa - apa ketika sujud sahwi kerana tiada nas bacaan khusus ketika sujud sahwi.
Ketiga - tiga pendapat semuanya betul untuk diamalkan ketika sujud sahwi.

Panduan Melakukan Sujud Sahwi
Berikut merupakan urutan melakukan sujud sahwi
  1. Niat Melakukan Sujud Sahwi
  2. Melakukan Sujud Sebanyak 2 kali sebelum salam
  3. Akhiri solat dengan memberi salam


    Tatacara sujud sahwi

panduan sujud sahwi



Peringatan

Sekiranya selepas memberi salam namun tempoh memberi salam itu telah lama berlalu maka luputlah sunat melakukan sujud sahwi manakala sekiranya selepas memberi salam baru teringat akan sujud sahwi maka ia masih boleh melakukanya.

Jangkaan Masa yang dikira luput untuk melakukan sujud sahwi anggaran boleh mendirikan solat sunat ringan dua rakaat.

Kesimpulan 

Sujud Sahwi boleh menampung kekurangan seseorang ketika solat dan ia merupakan kesungguhan kita dan kerendahan hati dalam menjalankan ibadah dan memberi peluang untuk memohon keampunan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

Baca juga :


Catat Ulasan

0 Ulasan