Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Solat Jenazah : Niat dan Doa

Solat Jenazah merupakan solat yang didirikan kepada si mati. Solat jenazah melibatkan bacaan doa dan pergerakan khusus yang diikuti oleh para jemaah dan solat ini dilakukan sebelum jenazah dikebumikan. Hukum melakukan Solat Jenazah ialah Fardhu Kifayah ke diri setiap muslim terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia. 

Solat Jenazah tidak sah dilakukan sekirannya jenazah belum dimandikan dan untuk melakukan Solat Jenazah seseorang itu perlulah dalam keadaan berwuduk. Solat Jenazah boleh dilakukan seorang diri kerana ia merupakan Fardhu Kifayah namun terdapat kelebihan bagi jenazayh yang disolatkan oleh jemaah yang ramai.


Cara Solat Jenazah : Niat dan Doa


Baca juga : Bacaan-surah-al-fatihah-dengan-betul
Telegram : https://bicara_islam

Rukun Solat Jenazah

Terdapat 7 rukun solat yang perlu dilakukan oleh seseorang ketika melakukan Solat Jenazah :

  1. Niat Solat Jenazah.
  2. Berdiri tegak (Solat jenazah tidak mempunyai rukuk dan sujud ia hanya dilakukan dengan berdiri sahaja.
  3. Takbir 4 kali termasuk Takbir pertama.
  4. Al Fatihah dibaca selepas Takbir pertama
  5. Selawat selepas Takbir kedua
  6. Doa keatas jenazah selepas Takbir ketiga
  7. Memberi salam selepas Takbir keempat.

Niat Bagi Solat 


Niat merupakan perkara penting sebelum mendirikan solat. Berikut merupakan Niat Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan adalah berbeza :

Niat Solat Jenazah Lelaki Bersendirian

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala


Niat Solat Jenazah Lelaki Bagi Makmum

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala



Niat Solat Jenazah Perempuan Bersendirian

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala

Niat Solat Jenazah Perempuan Bagi Makmum

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala


Panduan Solat Jenazah

  1. Berdiri tegak dan niat
  2. Membaca Surah Al Fatihah selepas Takbir pertama
  3. Selawat ke atas Nabi SAW Selapas Takbir Kedua (اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ)
  4. Doa kepada jenazah (berbeza doa jenazah lelaki dan perempuan)

    Doa jenazah Lelaki

    doa jenazah lelaki

    Doa Jenazah Perempuan


    Doa Jenazah Perempuan

  5. Memberi salam

Kedudukan Jenazah Semasa Solat

Imam Perlu tahu kedudukan jenazah ketika melakukan solat jenazah lelaki dan jenazah perempuan seperti gambar dibawah :

Kedudukan Jenazah Semasa Solat


Doa Selepas Solat

Walaupun dalam solat jenazah sudah mempunyai doa namun dibolehkan imam untuk membaca doa selepas solat jenazah . Berikut merupakan contoh doa seles solat jenazah:

Doa Selepas Solat Jenazah Lelaki

doa selepas solat jenazah
Doa Selepas Solat Jenazah Perempuan


doa selepas solat jenazah

Panduan Solat Jenazah




Kelebihan Solat Jenazah

Mendirikan Solat Jenazah mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar melalui sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam :


kelebihan solat jenazah

Kesimpulan

Solat Jenazah merupakan solat yang mudah dilakukan oleh sesiapa saha kerana ia tidak mempunyai rukuk dan sujud. Dinasihatkan supaya kita semua mempelajari cara solat jenazah kerana menjadi imam bagi solat jenazah afdalnya adalah ahli waris (ahli keluarga).

Baca juga : 

Catat Ulasan

0 Ulasan