Ticker

6/recent/ticker-posts

Surah Al Fatihah : Makna dan Kelebihan Surah Al Fatihah

Surah Al Fatihah merupakan surah Makkiyah dan Surah Al Fatihah ini juga diturunkan di Mekah Al Mukaramah. Surah Al Fatihah dikenali sebagai surah Makkiyah kerana surah ini diturunkan di Mekah. Surah Al Fatihah ini mengandungi Tujuh ayat kesemuanya termasuklah kalimah Bismillah. Surah Al Fatihah ini juga merupakan surah pembuka dan permulaan Al Quran.

Surah Al Fatihah ini wajib dihafal oleh semua umat islam kerana surah Al Fatihah merupakan rukun dalam solat Lima waktu dan sesiapa yang tidak membaca surah Al Fatihah ketika solat maka solatnya terbatal. Surah Al Fatihah ini wajib dibaca dengan baris dan tajwid yang betul kerana kesilapan dalam membaca surah Al Fatihah boleh menyebabkan makna Al Fatihah berubah dan menyebabkan solat seseorang tidak sah. Surah Al Fatihah merupakan rukun bagi solat lima waktu dan bagi solat - solat sunat.

Al Fatihah

Baca juga : tahiyat-akhir-mengikut-sunnah
Telegram : https://t.me/Himpunan doa

Pengertian Surah Al Fatihah

Surah Al Fatihah merupakan surah pertama dalam Al Quran dan surah ini dikenali sebagai surah pembuka atau "Ummul Quran" atau "Ummul Kitab". Dalam membaca surah Al Fatihah wajib disertakan dengan bacaan kalimah  bismillahirrahmanirrahim kerana lafaz bismillah merupakan ayat bagi Surah Al Fatihah. Surah Al Fatihah ini mengandungi tujuh ayat kesemuanya. Selain itu, Surah Al Fatihah ini membawa maksud yang penting seperti pengakuan kita terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah, Permohonan pertunjuk kepada Allah serta tanggungjawab kita umat islam untuk taat dan mengikuti petunjuk-NYA.

Hukum Membaca Surah Al Fatihah Dalam Solat

Membaca Surah Al Fatihah dalam solat adalah wajib kerana Surah Al Fatihah merupakan rukun dalam solat. Sekirannya seseorang tertinggal satu rukun dalam solatnya maka solatnya tidak sah. Surah Al Fatihah wajib dibaca dengan kadar yang didengari kerana ia merupakan rukun qauli.

Surah Al Fatihah 

Berikut merupakan Surah Al Fatihah :

Al Fatihah

Makna Surah Al Fatihah

Ketika mambaca Surah Al Fatihah kita dituntut untuk mengetahui maksud surah Al Fatihah ini kerana dalam surah Al Fatihah ini mempunyai maksud tentang kekuasaan dan kebesaran Allah, Memohon petunjuk  dan taat kepada mengikut petunjuk-NYA.

Al Fatihah

Empat Kelebihan Surah Al Fatihah

Terdapat empat kelebihan Surah Al Fatihah iaitu :

1) Surah Al Fatihah merupakan Surah Paling Agung dalam Al Quran
  • Surah Al Fatihah lmerupakan surah paling Agung dalam Al Quran  berbanding surah lain adalah melalui firman Allah  SWT :

Al Fatihah

 
2) Surah Al Fatihah merupakan syarat sah solat atau rukun dalam solat
  • Surah Al Fatihah mempunyai keistimewaan dimana ia merupakan rukun dalam solat seperti diriwayat oleh Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah SAW

    Al Fatihah
3) Surah Al Fatihah mengandungi maksud pujian dan permohonan kepada Allah
  • Surah Al Fatihah merupakan Ummul Quran dan mempunyai tujuh ayat yang mempunyai maksud pujian dan permohonan kepada Allah.
4) Surah Al Fatihah merupakan Ruqyah (pengubat)
  • Selain itu, Surah Al Fatihah juga boleh digunakan dalam perubatan islam untuk mengubat pesakit melalui kaedah Ruqyah. Diriwayatkan oleh Abu sa’id al-Khudri :

    Al Fatihah


Baca juga info ini :

Catat Ulasan

0 Ulasan