Ticker

6/recent/ticker-posts

Musang king : Ciri dan Bentuk

Durian Musang King merupakan durian yang sangat popular dalam Malaysia. Durian Musang King ini terkenal dengan isinya yang berwarna kuning dan tebal serta memiliki butir durian yang nipis. Selain itu, Durian Musang King ini mempunyai rasa yang manis dan berlemak serta mempunyai bentuk dibawah durian seperti tapak sulaiman. Durian Musang ini sangat terkenal di negeri pahang iaitu daerah yang sangat sesuai untuk durian musang ialah raub dan bentong. Durian Musang King ini juga diimport keluar negara terutamanya negara China.

Musang King

Baca juga : resepi-laksam-mudah-dan-berkilat
Telegram https://t.me/penjagaan pokok

Pengenalan

Durian Musang King dikenali sebagai Raja durian dan merupakan durian yang sangat terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara. Durian ini terkenal kerana ke teksturnya seperti mempunyai isi yang berwarna kuning atau kuning keemasan serta mempunyai rasa yang sangat berlemak, manis dan berkrim. Durian Musang King terkenal di daerah Bentong dan Raub , Pahang. Durian Musang King pahang dan johor mempunyai rasa yang berbeza disebabkan faktor tanah.

Ciri Musang King

Musang King

Bagi yang tidak biasa makan durian musang king mungkin menjadi masalah kepadanya untuk membezakan antara durian musang king dengan durian yang lain. Terdapat banyak ciri yang dapat membezakan durian musang king dengan durian lain.

Berikut merupakan perbezaan ciri durian Musang King

Tangkai Buah

Tangkal buah durian Musang King berbeza dengan durian lain kerana bentuk tangkal seperti makhota dan tidak berduri serta agak botak. Kebiasannya ukuran tangkal Durian Musang King lebih besar berbanding durian lain.

Biji Buah

Biji Durian Musang King sangat berbeza berbanding dengn biji durian lain. Untuk pengetahuab durian Musang King memiliki biji yang nipis sahaja dan mempunyai isi yang tebal berlemak dan sedap dimakan.

Bentuk Duri

Duri Duarian Musang King ini kebiasaanya berbentuk piramid yang bersegi.

Pangkal Buah

perbezaan bagi pangkal durian Musang King berbanding durian lain sangat berbeza kerna durian Musang King mempunyai pangkal bawk seperti tapak sulaimn yang mempunyai 5 atu 6 bucu.

Harga 

Harga durian musang king berbeza mengikut gred dimana harga musang king yang paling mahal ialah gred A di ikuti gred AB, Gred B, Gred C dan Gred paling murah CC iaitu baby musang king. Harga durian Musang King Gred A sekitar RM45.00 sekilo manakala gred CC anggaran harga RM18 - RM20 sekilo. 

Faktor Perlu diambil Kira

Musang King

terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sekirannya ingin menanam pokok Durian Musang king. Antara faktornya ialah :

Iklim

Durian Musang king memerlukan iklim tropia iaitu memiliki panas dan lembap sepanjang tahun. Selain itu, suhu yang sesuai untuk pokok durian musang king ialah antara 24 hingga 32 dajah celsius.

Tanah

Durian Musang king memerlukan tanah yang subur dan berdrainase yang baik seperti tanah yang berpasir berstruktur lempung berair sesuai untuk pertumbuhan durian. Selain itu, pastikan PH tanah berada dalam julat antara 5.5 hingga 6,5 untuk memastikam pertumbuhan pokok pada tahap terbaik.

Pencahayaan

Pokok durian Musang King ini memerlukan cahaya sepenuhnya bagi memastikan pertumbuhan pokok pada tahap yang optimum.

Jarak Tanam

Pastikan ruang antaea pokok durian sekurang - kurangnya 10 hingga 12 meter bagi memastikan pertumbuhan pokok durian Musang King pada tahap optimum.

Penjagaan dan pemeliharaan

Penjagaan Duria Musang King ini sedikit cerewet kerana ia memerlukan pemeliharaan yang berterusan seperti penyiraman yang baik, pembajaan, pemangkasan dan perlindungan daripada serangga perosak.

Kesimpulan

Durian Musang ini dikenali sebagai raja buah durian kerana ia mempunyai tesktur yang lemak dan manis serta mempunyai isi yang tebal. Durian Musang king ini sesuai ditanam di Malaysia terutamanya di Negeri Pahang daerah raub dan bentong.

Baca juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan