Ticker

6/recent/ticker-posts

Bola Sepak Malaysia

Bola Sepak merupakan sukan yang diminati ramai dan ia merupakan Ibu kepada segala sukan. Bola sepak dimain di seluruh dunia tanpa mengira umur dan bangsa. Bola Sepak mempunyai peraturan yang wajib dipatuhi oleh pemain bola sepak ini termasuk peraturan tentang pemilihan pemaian, cara bermain da banyak lagi. Melalui sukan bola sepak ini maka lahirlah bintang bola sepak terkenal seperti Maradona, Pele, Messi, Cristiano Ronaldo, Ronaldinho dan ramai lagi. Melalui sukan bola sepak ini juga kita boleh berkawan dan mengenali ramai kawan.

Bola Sepak Malaysia


Baca juga : sijil-penyertaan-dan-penghargaan
Telegram : https://t.me/Sembang bola

Pengenalan Bola Sepak Malaysia


Di Malaysia sukan bola sepak sangat popular dan mempunyai tempat yang istimewa dalam hati rakyat Malaysia. Peminat Bola Sepak di Malaysia sangat memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan Malaysia apabila perlawanan membabitkan pasukan Malaysia. Melalui sukan bola sepak Malaysia ia mampu memperkenalkan budaya dan identiti negara Malaysia. Untuk sejarah bola sepak di Malaysia ia melalui dengan tertubuhnnya Persatuan Bola Sepak Malaysia iaitu FAM. Selain itu kejohanan bola sepak di Malaysia dianjurkan dengan menggunakan 2 format iaitu format liga dan format piala.

Terdapat Liga Bola Sepak yang popular dalam Malaysia yang dikenali sebagai Liga Super dimana ia terdiri daripada pasukan Negeri - negeri yang terdapat dalam Malaysia. Liga super ini merupakan pereburatan bagi merebut kedudukan paling atas untuk menjuarai Liga Super dan akan layak bertanding di peringkat AFC. Selain itu, pasukan bola sepak dalam Malaysia juga bertanding bagi merebut kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia dimana Piala Malaysia merupakan piala yang paling lama yang berprestij.

Pasukan Bola Sepak Malaysia


Pasukan Bola Sepak Malaysia terdiri daripada pemain yang dipilih daripada pasukan negeri yang menyerlah dalam setiap perlawanan. Pemain yang terpilih akan dipanggil untuk mengikuti latihan pusat bagi membentuk persefahaman dalam pasukan untuk bersediaan menentang pasukan daripada negara lain.

Peraturan Bola Sepak

Peraturan dalam permaian bola sepak merupakan aspek penting dalam memastikan permainan berjalan dengan adil dan teratur. Berikut merupakan peratura utama dalam permainan bola sepak :

Saiz Padang

Saiz Padang bola sepak mestilah mematuhi standard FIFA iaitu panjang padang mestilah antara 100 hingga 130 meter dan lebar antara 64 hingga 75 meter.

ukuran padang bola sepak



Bola Sepak

Bola Sepak mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu lapisan bola itu mestilah kulit atau bahan sintetik dan size bola juga mestilah mematuhi standard FIFA.

size bola sepak


Pasukan

Jumlah pemain ketika perlawanan bagi sebuah pasukan ilah ialah 11 orang permain termasuk penjaga gol dan setiap perlawanan hanya 2 pasukan sahaja.

Penjaga Gol

Penjaga gol merupakan satu - satunya pemaian yang dibenarkan menggunakan tangn untuk menyentuh bola dalam kawasan gol nya sendiri dan penjaga gol mestilah memakai baju yanh berlainan warna dengan pemainnya.

Kejohanan Liga Bola Sepak Malaysia

trofi bola sepak malaysia


Berikut merupakan kejohanan liga bola sepak Malaysia setiap tahun :
  • Liga Super Malaysia (Tahap 1 hanya 12 pasukan terbaik sahaja)
  • Liga Premier Malaysia (Tahap 2 hany 10 pasukan sahaja iaitu 2 pasukan teratas akan dipelawa naik ke Liga super manakala 2 pasukan terbawah akan turun ke Liga M3)
  • Piala Malaysia
  • Piala FA
  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah
  • Piala Cabaran Malaysia
  • Liga M3 Malaysia (Amatur)
  • Liga M4 Malaysia (Amatur)
Kesimpulan

Sukan Bola Sepak merupakan ibu kepada semua sukan dan ia merupakan sukan paling ramai peminat dan mempunyai ramai penonton. 

Baca juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan