Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Laksam : Mudah dan Berkilat

Laksam merupakan hidangan popular bagi orang pantai timur Malaysia. Laksam biasanya dijadikan menu sarapan pagi bagi orang pantai timur dan dijadikan juga menu hidangan untuk majlis hari raya atau majlis - majlis istimewa. Laksam ini merupakan hidangan yang lembut dan berkuah yang mengenyangkan dan memenuhi selera orang malaysia. Laksam merupakan hidangan tradisional orang pantai timur. Laksam akan disajikan bersama sayuran seperti kubis, timun dan kacang panjang serta daun kesum.

Baca juga resepi-maggi-goreng-mudah-dan-ringkas
Telegram : t.me/Masakan_Terengganu

resepi laksam

Bahan - Bahan

Bahan Bagi Kuah Laksam

  • Ikan Selayang 1kg
  • Santan Pekat 1/2kg
  • Bawang Merah (10 ulas) tumbuk atau kisar
  • Bawang putih (4 ulas) tumbuk atau kisar
  • Halia 1 inci ditumbuk atau kisar
  • Lada Hitam 1 sudu besar ditumbuk 
  • Asam Keping 2 keping
  • Perasa dan garam

Bahan Bagi Laksam

  • Tepung Beras saya guna cap teratai 3 cawan
  • Tepung Gandum 1/2 cawan
  • Teh Garam 1 sudu
  • Sedikit minyak masak
  • Air suam (6 cawan)
  • Tudung periuk untuk buat laksam

Bahan Hiasan Laksam

  • Timun
  • Kubis
  • Kacang Panjang
  • Daun kesum
  • Tauge
  • Cili Giling
  • Belacan

Cara Penyedian Kuah:


Rebus Ikan terlebih dahulu bersama sedikit air selama 15 minit. Kemudian asingkan ikan dan tulang ikan. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan. 

Panaskan periuk dan masukkan bahan yang dikisar dan ikan yang telah dikisar kemudian diikuti masukkan santan diikuti asam keping serta lada hitam yang telah ditumbuk. Kacau perlahan - lahan dengan api yang kecil supaya santan tidak hangit. sekirannya mendidih kuah santan sudah masak masukkan garam dan perasa.

resepi laksam

Cara Penyediaan Laksam


kacau bahan - bahan bagi laksam diatas sehingga tepung tidak berketul. Selepas itu ambik penutup periuk dan sapukan sedikit minyak. Masukkan bahan laksam diatas tudung periuk pastikan tidak terlalu tebal bahan laksam untuk mengelakkan laksam patah apabila digulung.dan kukus sehingga laksam kelihantan gelembung. Setelah masak angkat dan biarkan ia suam - suam. Ambil dulang dan sapukan sedikit minyak supaya laksam yang disusun tidak melekat. Laksam yang suam tadi boleh la digulung dan diletak atas dulang. Peringatan setiap kali mengukus laksam pastikan sapu minyak pada tudung periuk.

Resepi Laksam

3 Cawan Tepung Beras

Resepi Laksam

1/2 Cawan Tepung Gandum

Resepi Laksam

1 Sudu Teh Garam

Resepi Laksam

6 Cawan Air Suam

Resepi Laksam

Sedikit minyak masak

Resepi Laksam

Kacau secara perlahan - lahan

Resepi Laksam

Sapu sedikit minyak pada periuk

Resepi Laksam

Pastikan adunan tidak terlalu terbal untuk mengelak laksam patah apabila digulung

Resepi Laksam



Sekirannya laksam yang telah masak merekah adunan perlu ditambah sedikit air lagi. 

Kesimpulan

Ramai yang buat laksam jadi merekah dan pecah dan harus diingat sekirannya anda mengikut langkah diatas dengan betul laksam anda tidak akan pecah dan kelihantan licin dan menarik serta cantik.

Baca Juga : 

Catat Ulasan

0 Ulasan