Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Qunut Subuh : Bacaan Sendiri dan Berjemaah

Doa Qunut kebiasannya dibaca ketika solat subuh dan solat sunat witir yang memasuki separuh terakhir bulan ramadan. Doa Qunut termasuk dalam perkara sunat ab'adh. Sunat Ab'adh ini kalau ditinggalkan hendaklah diganti dengan sujud sahwi. Lafaz bacaan Doa Qunut hendahlah dibaca mengikut keadaan sekiranya kita solat secara bersendirian ia perlu dibaca dengan lafaz bersedirian dan ketika menjadi imam kita perlu membaca dengan berjemaah.

doa qunut

Baca juga : sujud-sahwi-cara-dan-bacaan
Telegram : https://t.me/info_agama

Makna Qunut

Doa Qunut merupakan perkataan asal Qunut. Doa Qunut dari segi bahasa membawa erti taat, berdiri lama, diam, tunduk, khusyuk dan doa manakala Doa Qunut dari segi istilah pula memberi maksud doa iaitu doa yang dibaca semasa i'tidal dalam solat.

Hukum Qunut

Hukum membaca Qunut adalah Sunat Ab'abh disisi mazhab Shafie dan sekiranya tidak membaca doa Qunut maka perlu digantikan dengan sujud sahwi. Harus diingat bahawa amalan membaca doa Qunut ini merupakan amalan rakyat islam di Malaysia yang berpegang dengan Mazhab Syafie dan para imam perlu meraikan bacaan doa qunut ini tanpa meninggalkannya dengan sengaja.

Bacaan Doa Qunut

Doa Qunut dibaca ketika i'tidal iaitu selepas bangun daripada ruku' dan disunatkan untuk mengangkat doa ketika membaca doa qunut. Para imam perlu teliti bacaan doa qunut ketika menjadi imam supaya doa qunut dibaca itu untuk imam dan makmum. Berikut merupakan Bacaan Doa Qunut bagi sendirian dan berjemaah.

Doa Qunut Sendirian / Makmum

doa qunut sendirian atau makmum


Allahummahdini fi man hadait, 
wa ‘afini fi man ‘afait, 
wa tawallani fi man tawallait, 
wa barikli fi ma a‘thait, 
wa qini syarra ma qadhait, 
fa innaka taqdhi wa la yuqdha ‘alaik, 
wa innahu la yazillu man walait, 
wa la ya‘izzu man ‘adait, 
tabarakta rabbana wa ta‘alait, 
fa lakal hamdu a’la ma qadhait, 
wa astagfiruka wa atubu ilaik, 
wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi 
wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam

Doa Qunut Imam


doa qunut imam

Allahhummah dinaa fiiman hadait,
Wa’aa finaa fiiman ‘aafait,
Watawallanaa fiiman tawal-laiit,
Wabaariklanaa fiimaa a’thait,
Waqinaa syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhi walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘adait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’alait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasollallah hu ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam

Maksud / Erti Doa Qunut

Berikut merupakan Maksud Doa Qunut yang dibaca ketika solat subuh iaitu ia mengandungi tiga bahagian bacaan doa, bacaaan zikir dan bacaan selawat.

Maksud Doa Qunut

Ya Allah tunjukanlah aku sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk
Dan sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin
Berilah keberkatilah hendakNya untukku apa - apa yang Engkau berikan padaku
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak seseiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu
Dan Tidak mulia orang yang Engkau musuhi
Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan dan Maha Tinggi Engkau
Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa - apa yang telah Engkau tetapkan
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya

Kesimpulan

Jika seseorang terlupa untuk melakukan doa qunut maka disunatkannya untuk melakukan sujud sahwi dan sekiranya tidak melakukan sujud sahwi solatnya tetap SAH kerana doa qunut termasuk dalam perkara sunat Ab'adh.

Baca juga :


Catat Ulasan

0 Ulasan