Ticker

6/recent/ticker-posts

Bendera Malaysia : Maksud, Warna dan Lambang)

Bendara Malaysia merupakan bendera rasmi bagi negara Malaysia dimana bendera Malaysia ini dikenali sebagai jalur gemilang. Bendera Malaysia ini merupakan identiti bagi negara Malaysia dan menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memahami maksud bendera Malaysia itu sendiri. Selain itu,  bendara Malaysia ini mempunyai maksud tersendiri dari segi lambang, warna dan jalur.

Nama Bendera Malaysia telah digunakan selama 47 tahun sebelum ditukarkan nama kepada Jalur Gemilang. Pertukaran nama ini diusulkan oleh pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti iaitu Encik Mohamed bin Hamzah. Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur melintang yang diwakili oleh warna merah dan putih yang berselang seli. Harus diingat warna merah dalam jalur gemilang mesti berada atas sekali berselang seli dengan warna putih dan berakhir pada jalur ke-14 dengan warna putih.

Baca juga : 


bendera malaysia


Pengertian Bendera

Membawa maksud lambang kepimpinan atau simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan seebuah negara. 

Bendera Malaysia


Bendera Malaysia


Bendera Malaysia


Bendera Malaysia dikenali sebagai jalur gemilang yang menjadi simbol kebanggaan rakyat malaysia. Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur yang berselang seli dimulai dengan warna merah dan di akahiri dengan warna putih. Selani itu, terdapat juga lambang bulan dan bintang yang mempunyai 14 bucu pada bendera Malaysia. 

Maksud Warna Bendera Malaysia

1) Biru mempunyai maksud perpaduan kaum di Malaysia

2) Kuning membawa maksud kedaulatan raja berpelembagaan.

3) Merah bererti keberanian dan sentiasa bersiapa menghadapi rintangan dan ujian.


Maksud Lambang Bendera Malaysia

jalur gemilang

Maksud 14 Jalur Pada Bendera Malaysia

  • 14 Jalur berselang seli antara warna merah dan putih membawa maksud gabungan negeri yang terdapat dalam malaysia iaitu 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan

Maksud Bintang 

  • Bintang pada Bendera Malaysia mempunyai 14 bucu dimana ia membawa maksud  perpaduan kepada semua negeri dan Wilayah Persekutuan.

Maksud Bulan

  • Bulan pada bendara Malaysia membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

Maksud Jalur Gemilang

Jalur membawa maksud 14 jalur yang berselang seli antara merah dan putih dimana gambaran satu haluan yang lurus dan hala tuju yang sama arah yang dianuti oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mencapai kegemilangan bangsa dan negara

Gemilang pula ialah cahaya, terang - benderang dan cemerlang. 

Jalur Gemilang membawa maksud kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam semua bidang

Kepentingan Bendera Malaysia

Rakyat Malaysia perlu menjaga Bendera Malaysia dengan sebaiknya kerana :

  • Bendera Malaysia sebagai simbol kebangkitan semangat patriotik
  • Bendera Malaysia sebagai rasa bangga rakyat terhadap negara
  • Bendera Malaysia sebagai tanda taat dan setia pada negara
  • Bendera Malaysia merupakan lambang rasmi negara
  • Bendera Malaysia sebagai lambang kedaulatan negara
  • Bendera Malaysia sebagai perpaduan rakyat
  • Bendera Malaysia sebagai identiti negara

Tanggungjawab Terhadap Bendera Malaysia

Semua rakyat Malaysia perlu cakna akan tanggungjawab terhadap bendera Malaysia seperti :
  • Mempertahakan bendera Malaysia daripada dihina
  • Dilarang memijak Bendera Malaysia
  • Memastikan Bendera Malaysia yang dipacak berada pada kedudukan yang tinggi
  • Menggantikan bendera Malaysia yang telah lusuh kepada yang baru
  • Memastikan bendera Malaysia di pacak dengan betul bukan terbalik

Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua....

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu saura satu semengat
itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang
di bawah naunganmu

Jalur Gemilang
kita semua bersatu

Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang
Megah kami terasa

Jalur Gemilang
Kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning
Jalur semangat kita semua

Berkibarlah... Berkibarlah.. Berkibarlah...

Jalur Gemilang

Kesimpulan

Penting bagi rakyat Malaysia memahami sejarah serta maksud Bendera Malaysia supaya semangat patriotik tertanam dalam diri rakyat Malaysia.

Baca juga maklumat ini


Catat Ulasan

0 Ulasan