Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu

Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu

Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu

Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu

Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu

Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu
Kredit foto FB Raja Azlina

Negeri Terengganu terkenal dengan masakan tradisinya iaitu Nasi Dagang. Nasi Dagang merupakan makanan yang sangat ppular di Negeri Terengganu yang biasa di makan pada waktu pagi dan menu tradisi pagi Raya Aidilfitri Terengganu.

Telegram Masakan_Terengganu

Kenapa Nasi Dagang terengganu terlalu terkekanl kerana  nasinya dikukus dengan santan bersama campuran bawang dan herba dan halia sert dihidangkan dengan kuah gulai ikan tongkol. Disini dikongsikan Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu

Bahan - bahan Nasi ialah :

  • 1 kg beras wangi cap jasmine sunwhite
  • Santan cair 2 cawan dan santan pekat 2 cawan
  • Bawang merah (dihiris - hiris atau mayang)
  • Halia dihiris kecil - kecil atau mayang
  • Helba (bahan wajib untuk nasi)
  • Sedikit garam dan perasa untuk membei rasa kepada nasi yang dikukus nanti.
  • Daun Pisang

Cara - cara Masak Nasi Dagang ialah :

  • Pertama Beras wangi hendaklah direndam semalam dahulu sebelum kukus.
  • Selepas sudah rendam semalam basuh sehingga cuci 
  • Panaskan Alat mengukus dan letakkan daun Pisang sebagai alas kukusan.
  • Untuk kukusan pulut kali pertama mesti anggaran 20 - 30 minit.
  • Selepas itu keluarkan pulut tersebut dan masukkan didalam besen untuk digaul bersama santan cair. 
  • Pastikan gaul bagi rata semua.
  • Kukus buat kali ke-2 dan masukkan helba terus dan tunggu dalam anggaran 20 minit.
  • Selepas itu, keluarkan dan masukkan dalam besen dan gaulkan rata bersama santan Pekat dan masukkan sedikit garam dan perasa.
  • Selepas itu masukkan Bawang Merah dan halia yang dihiris atau dimayang dan gaul bagi rata.
  • siap untuk nasi.

Bahan - bahan Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang

  • Ikan Tongkol (rebus bersama asam keping)
  • Bawang merah (blend )
  • Halia (blend)
  • Lengkus (blend)
  • Cili Boh 
  • Santan
  • Asam Keping
  • Nisan atau gula Melaka
  • Rempah gulai nasi dagang terpulang nak pakai yang mana biasa orang terengganu akan campur rempah cap bunga ros atau rempah dayang suri.
  • Masukkan Lada dengan belimbing buluh

Cara - cara Masak Gulai Ikan Tongkol

  • Pansakan minyak dan masukkan semua bahan yang di blend.
  • Masukkan Cili boh yang digaul bersama rempah dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ikan dan tunggu sehingga minyak pecah lagi sekali.
  • Selepas itu masukkan ikan tongkol dan sedikit asam keping,
  • masukkan kan santan dan perasa dan garam
  • siap

Bahan - bahan untuk Acar Nasi Dagang ialah :

  • Timun batang
  • lada besar
  • Lobak Merah
  • Bawang Merah
  • Cuka
  • Garam
  • Gula
Potong panjang bahan diatas dan gaulkan serata.siap

Resepi :

Kredit : Raja Azlina 


Catat Ulasan

2 Ulasan