Ticker

6/recent/ticker-posts

Takwim Persekolahan dan Cuti Sesi 2024/2025

Takwim persekolahan merupakan kalendar atau jadual yang menjadi rujukan kepada guru, pelajar dan ibubapa berkaitan tarikh persekolahan dan cuti penggal persekolahan. Takwim Persekolahan sesi 2024/2025 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sebagai pandukan bagi Guru, pelajar dan Ibubapa. Melalui Takwim Persekolahan dan cuti sesi 2024/2025 yang dikeluarkan ini ia memudahkan Ibubapa, guru dan pelajar mengetahui tarikh - tarikh penting seperti tarikh permulaan dan tamat sesi persekolahan, cuti sekolah, tarikh peperiksaan dan lain - lain. Selain itu, dengan adanya Takwim persekolahan juga memudahkan ibubapa merancang percutian.

Takwim persekolah sesi 2024/2025

Baca juga : login-apdm-pengkalan-data-murid
Telegram : https://t.me/didik2u

Tarikh Persekolahan sesi 2024/2025

Sesi persekolah pertama bagi tahun 2024/2025 akan bermula pada bulan awal bulan Mac seperti yang telah ditetapkan oleh KPM berdasarkan takwim 2024/2025 yang dikeluarkan seperti tarikh dibawah :

Kumpulan A : 10 Mac 2024
Kumpulan B : 11 Mac 2024 

Kumpulan A terdiri daripada Negeri : 
Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor

Kumpulan B terdiri daripada Negeri :
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kalendar Persekolahan Sesi 2024/2025 (Kumpulan A)

Berikut Merupakan kalendar Persekolahan Sesi 2024/2025 bagi kumpulan A

Takwim persekolahan 2024/2025

Kalendar Persekolahan Sesi 2024/2025 (Kumpulan B)

Berikut merupakan kalendar persekolahan Sesi 2024/2025 bagi kumpulan B

Takwim Persekolahan sesi 2024/2025

Takwim Cuti Persekolahan sesi 2024/2025

Berikut merupakan senarai cuti bagi sekolah KPM sesi 2024/2025. Melalui takwim cuti ini ia memudahkan urusan guru dan ibubapa bagi mengatur percutian bagi tahun 2024/2025.

Takwim cuti persekolahan sesi 2024/2025

Cuti Penggal Persekolahan Sesi 2024


Berikut merupakan senarai Cuti Penggal 1, Cuti Penggal 2, Cuti Penggal 3 dan Cuti Akhir Persekolahan sesi 2024/2025 bagi memudahkan guru dan ibubapa mengatur percutian anak - anak.

Cuti Penggal 1 Bermula pada :

Kumpulan A : 24 Mei 2024 hingga 01 Jun 2024
Kumpulan B : 25 Mei 2024 hingga 02 Jun 2024

Cuti Penggal 2 Bermula pada :

Kumpulan A : 13 September 2024 hingga 21 September 2024
Kumpulan B : 14 September 2024 hingga 22 September 2024

Cuti Penggal 3 Bermula pada :

Kumpulan A : 20 Disember 2024 hingga 28 Disember 2024
Kumpulan B : 21 Disember 2024 hingga 29 Disember 2024

Cuti Akhir Persekolahan sesi 2024/2025

Kumpulan A : 17 Januari 2025 hingga 15 Februari 2025
Kumpulan B : 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025

Muat Turun Kalendar Persekolahan Sesi 2024/2025



Melalui Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 ini memudahkan pihak pentadbir, guru dan ibubapa menjadikan ia sebagai rujukan dalam merancang program untuk anak - anak pelajar sepanjang tahun 2024/2025.

Baca juga :


Catat Ulasan

0 Ulasan