Ticker

6/recent/ticker-posts

LIVERPOOL CIPTA KEJUTAN DI ANFIELD

LIVERPOOL CIPTA KEJUTAN DI ANFIELD

Juara Liga Perdana Inggeris, pasukan LIVERPOOL mencipta kejutan di ANFIELD apabila menerima kekalahan yang ke-6 berturut - turut di laman sendiri. Semalam pasukan LIVERPOOL kalah kepada Fulham 0-1.

Kekalahan ini menambah luka pasukan LIVERPOOL kerana kekalahan berturut - turut di laman sendiri. Ini menyukarkan pasukan LIVERPOOL merebut kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. Kekalahan ini sangat memalukan skuad the reds kerana kalah kepada pasukan yang bergelut dalam zon penyikiran.

Jaringan tunggal pasukan Fulham dijaringkan pada minit ke-45 melalui Mario Lemina. Kekalahan kesembilan yang dialami Liverpool musim ini menyaksikan skuad itu kekal di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 43 mata selepas 28 perlawanan. 

Kegagalan The Reds menamatkan badi kekalahan di gelanggang sendiri turut menyebabkan peluang untuk mereka menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas semakin sukar.

                                 Kredit foto


Catat Ulasan

0 Ulasan