Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahiyat Akhir : Bacaan Tahiyat Akhir Yang Betul Mengikut Sunnah

Tahiyat Akhir merupakan rukun solat yang ke-10 daripada 13 rukun solat yang wajib dilaksanakan oleh umat islam ketika solat. Rukun solat ialah satu perkara yang wajib kita buat untuk sah dalam ibadat dan ia merupakan satu juzuk dalam ibadat. Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, rukun fi'li dan rukun qauli. Tahiyat akhir merupakan rukun solat dalam kategori rukun qauli.

Rukun Qauli perlulah dibaca dengan lafaz yang didengari oleh diri sendiri semasa takbiratulihram, membaca Surah Al-Fatihah, membaca Tahiyat Akhir, Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir dan melafazkan salam. 

Tahiyat Akhir

Maksud Tahiyat Akhir

Tahiyat akhir ialah tasyahud yang dibaca ketika diakhir solat.  Dalam Tasyahud (Tahiyat akhir) yang dibaca ketika solat terdapat doa dan selawat kepada merangkumi puji - pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim. Tahiyat Akhir merupakan rukun solat yang wajib dilakukan ketika solat untuk sah dalam ibadat.

Syarat - Syarat Tasyahud (Tahiyat Akhir)

Antara perkara yang perlu diambi berat oleh umat islam ketika Tahiyat akhir ialah :
  • Membaca Tasyahud (Tahiyat akhir) dengan lafaz yang didengari oleh diri sendiri.
  • Membaca Tasyahud (Tahiyat akhir) dalam bahasa arab.
  • Membaca Tasyahud (Tahiyat akhir) dengan sebutan makhraj huruf dengan betul.
  • Membaca baris dan sabdu Tasyahud (Tahiyat akhir) dengan betul.
  • Membaca mengikut urutan yang betul.

Cara Bacaan Yang Betul

Tahiyat Akhir


Kedudukan Ketika Melakukan Tahiyat Akhir

Kedudukan Tahiyat terbahagi kepada dua iaitu Tahiyat Awal (duduk iftirasy) dan Tahiyat Akhir (duduk tawaruk).  

Pengertian duduk Iftirasy ialah kedudukan punggung seseorang itu diatas kaki kiri manakala kedudukan jari pada kaki kanan menghadap kiblat.

Pengertian duduk Tawaruk ialah kaki kiri seseorang itu dilipatkan ke kaki kanan manakala kaki kanan pula tapak kaki perlu tegak dan jarinya mneghadap kiblat.

Tahiyat Akhir


Kesimpulan

Kita dianjurkan untuk berdoa selepas Tahiyat Akhir iaitu sebelum mmberi salam. Antara doa - doa yang boleh diamalkan ialah doa fitnah dajjal dan boleh rujuk kitab himpunan doa seperti Perisai Muslim dan Hisnul Muslim.

Baca juga :



Catat Ulasan

1 Ulasan