Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah

Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah

Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah

CIMB merupakan salah satu syarikat perkhidmatan kewangan di Malaysia. CIMB tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan CIMB juga merupakan syarikat perkhidmatan kewangan ke-2 terbesar di Malaysia.

Namun, ramai diantara kita masih tidak tahu dimana anda boleh membuka akaun CIMB dengan kaedah Online sahaja tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter CIMB. Melalui kaedah ini ia, memudahkan rakyat yang ingin membuka akaun CIMB dan tidak perlu berkumpul ditempat ramai orang dalam usaha mematuhi SOP yang memerangi wabak covid-19.

Telegram https://t.me/infosemasa
Baca juga : www.awekbawang.com/2021/08/cara-daftar-maybank2u-online

Kepada yang ingin membuka akaun CIMB secara online boleh ikut perkongsian Shelly Jimet dan kad debit ini akan dihantar terus ke rumah anda.

Cara Buka Akaun CIMB Secara Online

CIMB telah membuka kaedah baru untuk membuka akaun CIMB secara online

Permohonan Pembukaan Akaun Atas Talian CIMB (Octosavers Account-i)

Pihak CIMB telah menawarkan Octosaver Account-i dimana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke rumah anda sahaja.

Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah

Syarat Kelayakan Membuka Akaun CIMB

  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Mykad sahaja
  • Akaun bersama, akaun amanah bagi individu bawah umur dan akaun kanak-kanak tidak dibenarkan
  • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia dan alamat e-mel yang sah
  • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i
  • TIDAK memiliki sebarang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan Asas/-i dengan CIMB
Peringatan !!! 
Untuk pelanggan Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan/-i Asas, anda boleh memohon Akaun Simpanan lain di CIMB Clicks

Kriteria Pembukaan Akaun OctoSavers-i CIMB

  • Mykad
  • Deposit permulaan minimum RM20 melalui pemindahan FPX dari akaun bank anda yang lain
  • Pendaftaran CIMB Click

Cara - Cara Membuka Akaun CIMB

Terdapat 5 langkah yang perlu dipatuhi semasa membuka akaun CIMB

Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah
  1. Sila Muat turun aplikasi CIMB Apply di playstore atau scan qr code pada poster diatas
  2. Sila Imbas Mykad dan aktifkan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda
  3. Sila Isi e-borang untuk pembukaan akaun
  4. Sila masukkan deposit RM20 pembukaan minima
  5. Cipta ID pengguna CIMB Clicks anda

Berikut Langkah Bergambar Cara - Cara Membuka Akaun CIMB

  1. Sila Muat turun aplikasi CIMB Apply di playstore atau scan qr code pada poster diatas

    Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah
    Sila klik Open Octosavere Account

  • Sila Imbas Mykad dan aktifkan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda
  • Sila Isi e-borang untuk pembukaan akaun


Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah
 selesai isi borang  akan dapat notifikasi macam ini
  • Sila masukkan deposit RM20 pembukaan minima
  • Cipta ID pengguna CIMB Clicks anda
Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan Kad Debit Akan Dihantar Ke Rumah

Kad debit dah sampai yang mengambil masa 7-14 hari

Untuk mendapat maklumat yang jelas sila rujuk link dibawah

Cara Aktifkan CIMB Click Bagi Pembuka Akaun

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pendaftaran CIMB Clicks untuk kali pertama :
  • Kunjungi website www.cimbclicks.com.my/
  • Klik pada “Register for CIMB Clicks” dan pilih ‘CIMB ATM, Debit Card & Credit Card’
  • Masukkan 16 digit nombor kad anda diikuti dengan 6 digit PIN ATM anda. Masukkan ‘CAPTCHA’ dengan betul dan sila baca ‘Terms & Condition’ dan tandakan dalam kotak dan klik pada ”Next”
  • Kod pengesahan ataupun OTP (One Time Password) akan dihantar secara automatik ke nombor telefon anda yang telah didaftarkan dengan pihak bank. Sila masukkan kod pengesahan tersebut dan sila klik pada butang “Continue”
  • Sila masukkan ID (6 hingga 32 gabungan angka huruf) dan Password (8-20 gabungan huruf dan nombor serta simbol) anda serta data-data yang diperlukan
  • Sistem akan mengesahkan pendaftaran anda dan sila klik pada butang ‘Login’ untuk masuk ke akaun CIMB Clicks
Peringatan!!
Sekirannya anda belum mendaftar nombor telefon bimbit anda dalam sistem bagi penerimaan OTP dan TAC. Anda diminta untuk pergi ke Mesin ATM CIMB berdekatan dan sila ikut langkah dibawah:
  • Masukkan kad ATM/Debit anda berserta no PIN ATM
  • Klik “Others” di Menu Utama
  • Sila Pilih “CIMB Clicks” dan diikuti “TAC Registration”
  • Masukkan nombor baru telefon bimbit anda. Kemudian anda sepatutnya menerima resit/slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya
Baca juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan