Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenali Jata Negara

Kenali Jata Negara

Kenali Jata Negara

Jata Negara merupakan Lambang rasmi kerajaan Malaysia. Jata Negara diperkenankan & diwartakan Raja - raja Melayu pada 30 Mei 1952. Selain itu,  Reka Bentuk Jata Negara diusahakan Jabatan Ukur menggunakan 6 warna.

Telegram https://t.me/didik2u
Baca juga tips etika pemakaian ketika temuduga

Lambang dan Maksud Jata Negara

Bintang Pecah 14

  • Menandakan 13 negeri & Kerajaan Persekutuan
Bintang bersama anak bulan
  • Lambang agama islam agama rasmi
5 Bilah Keris
  • Lambang Negeri - negeri tidak bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
Imej Pokok Melaka
  • Mewakili Melaka yang pernah menjadi sebahagian negeri - negeri Selat
Imej Pokok Pinang & Jambatan Pulau Pinang
  • Mewakili Pulau Pinang yang pernah menjadi sebahagian negeri - negeri Selat
Jalur Merah, HItam, Putih dan Kuning
  • Mewakili Negeri - negeri  Melayu Bersekutu asal 
    - HItam & Putih (Pahang)
    - Merah & Kuning (Selangor)
    - Hitam, Putih & Kuning (Perak)
    - Merah, Hitam & Kuning (Negeri Sembilan)
Cogan Bersekutu Bertambah Mutu
  • Ditulis dalam tulisan rumi dan jawi
  • Cogan kata Jata Negara
  • Warna Kuning pada awan - awan melambangkan warna Diraja bagi Duli - duli Yang Maha Mulia Raja - raja
3 Kotak Bahagian Bawah Perisai
  • Menandakan Sabah
  • Bunga raya sebagai bunga kebangsaan
  • Menandakan Sarawak
2 Ekor Harimau (kiri & kanan)
  • Simbol Keberanian, kegagahan dan Kekuatan
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan