Ticker

6/recent/ticker-posts

Temuduga SPP (JANGAN CUBA UNTUK GAGAL KERANA KALI INI ONE OFF SAHAJA)

Temuduga SPP (JANGAN CUBA UNTUK GAGAL KERANA KALI INI ONE OFF SAHAJA)

Tips Temuduga SPP


Tips 1: Temuduga SPP (JANGAN CUBA UNTUK GAGAL KERANA KALI INI ONE OFF SAHAJA)

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah SPP, Soalan ini boleh dikatakan soalan wajib setiap kali temuduga SPP. SPP ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan jangan tertukar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah yang dulu (wajib tahu) 

Kalau dilihat pada situasi semasa kebanyakan Temuduga buat masa ini adalah secara Talian jadi Pakai pakaian rasmi (jangan atas ok bawah kain batik takut terkantoi) 

Dari segi Permarkahan 70 peratus adalah dari Ahli Panel SPP yang akan bertanya mengenai dasar pendidikan, dasar negara, surat pekeliling ikhtisas, kemahiran mengajar umum dan isu semasa. Selain itu anda juga, diminta mengenali ahli SPP yang akan jadi panel anda. (boleh rujuk laman portal SPP)

Untuk Baki 30 peratus markah temuduga adalah panel wakil jabatan @ guru cemerlang yang akan bertanyakan kemahiran dan pengetahuan, kemahiran, sikap, pedagogi, teknologi, dan kandungan. ( mohon hadam matapelajaran yang anda mohon boleh buat carian di internet)

Kadangkala mereka akan minta kita ajar guna pedagogi terkini (buat yang bukan pendidikan boleh buat carian pedagogi di youtube atau carian google sekurannya ada sedikit pengetahuan. Kadangkala cerita sahaja berdasarkan masalah yang diberi.

Untuk permohonan Guru pada 7 Julai boleh klik disini.

Perjalanan untuk anda mendapat lantikan sebagai Guru - permohonan - panggilan ujian UKCG - Temuduga dan penenampatan.

Untuk mengetahui contoh Soalan UKCG anda boleh lilhat disini

Kredit : Redzuan Che Ros

Catat Ulasan

0 Ulasan