Ticker

6/recent/ticker-posts

Resipi kerutuk Ayam Terengganu

Assalamualaikum, Untuk pengetahun semua, negeri terengganu terkenal dengan masakan kerutuk. Kerutuk yang biasa dimasak ialah kerutuk ayam dan kerutuk daging. boleh dikatakan semua kedai yang menyediakan menu makan tengah hari di negeri terengganu ada menu kerutuk. Disini kongsikan resipi kerutuk ayam terengganu

Resipi kerutuk Ayam






Bahan - bahannya ialah :

  • Ayam 2 kg

Bahan kisar halus:

  • 2 biji Bawang besar
  • 10 bijiBawang merah kecil
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • Kunyit besar ibu jari

Rempah cap bunga ros:

  • 4 sb Rempah gulai
  • 2 sb Rempah masak (Dicampurkan dgn air dan gaul skali)

Bahan - bahan tumisan:

  • Rempah 4 sekawan
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 biji Bawang besar dan 3 biji bawang merah di mayang
  • 5 sudu besar Cili boh

Bahan - bahan lain:

1. Santan pekat (pati santan rm 3)
2. Kerisik
3. Gula melaka
4. Garam secukup rasa
5. Air Asam jawa
6. Lada besar merah dan hijau 3 biji(dibelah 2)
7. Bwg holland 1 biji (dibelah 6)

Cara buat:

  • Tumis 4 sekawan hingga naik bau
  • Masukkan cili boh tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan bawang yg dimayang dan masukkan bahan kisar halus
  • Tumis hingga naik bau dan masak cili serta pecah minyaknya
  • Masukkan rempah cap bunga rose
  • Tumis hingga sebati dan pecah minyak
  • Masukkan 1 cawan air dan tumis lagi hingga mendidih
  • Selepas itu, Masukkan santan pekat dan kacau sebati
  • dan Masukkan gula melaka kemudian masukkan air asam jawa masak hingga kuah pekat
  • Selepas itu, Masukkan ayam dan gaul rata
  • Masukkan kerisik,garam secukup rasa dan renehkan dgn api kecil dlm 20 minit lagi hingga kuah pekat dan masukkan lada besar dan bawang holland dan kacau
  • Siap...Selamat Mencuba...

Resipi Pulut Kuning

Bahan - bahannya ialah:
  • 1 kg Beras pulut
  • 1 pek Santan pekat ( pati santan)
  • Daun pandan
  • Serbuk kunyit 1 senduk
  • Asam keping 3 kping
  • Garam secukup rasa
Cara - cara membuatnya:
  • bersihkan beras kemudian direndam dgn serbuk kunyit dan asam keping selama 3 ke 4 jam.
Cara - cara membuatnya ialah :
  • Bersihkan beras tadi dan toskan
  • Masukkan ke dalam pengukus(saya guna pengukus elektrik) letak daun pandan supaya wangi dan kukus selama 25 minit.
  • Santan pekat tadi campurkan dgn 1 cawan air dan masukkan garam (biar rasa mcm terlebih masin) nanti barulah pulut kita rasa berlemak kalau tak pulut kita tawar je nanti.
  • Kluarkan pulut dari kukusan dan campurkan dgn santan
  • Kacau perlahan atau arong dan jangan tekan2 pulut tu (kacau2 manja je) bagi serap semua santan.
  • kukus lg sekali dlm 30 minit
  • keluarkan siap. * ada yg kukus sekali je..cmpur santan terus siap..cara saya kukus 2 kali supaya pulut tahan lama dan tidak cepat basi.

baca juga

Kredit resepi : Muliadi Ramli

Catat Ulasan

0 Ulasan