Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Nasi Minyak Asli Terengganu

Resepi Nasi Minyak Asli Terengganu

Negeri Terengganu popular dengan pelbagai jenis masakan yang sedap dan tradisi. Keunikan masakan tradisi terengganu ini ia merupakan masakan turun temurun yang di warisi sejak nenek moyang mereka. Salah satu masakan tradisi negeri terengganu ialah nasi minyak.

Telegram Masakan_Terengganu

Nasi Minyak Terengganu ia berbeza berbanding nasi minyak negeri lain dan ia mempunyai keunikkannya tersendiri kerana ia dimasakan dengan menggunakan rempah cap bunga ros. Rempah cap bung ros ini hanya dijual di negeri terengganu sahaja. Untuk mengetahui keunikkan Nasi Minyak Asli Terengganu anda kena cuba.

Resepi Nasi Minyak


Resepi Nasi Minyak



Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak


Resepi Nasi Minyak Asli Terengganu

Bahan - bahan untuk Nasi Minyak
  • Beras Basmathi (Guna Jenis Jasmin parboil) 6 cawan. dan rendam 30 minit dan kemudian ditoskan air.
Untuk bahan tumisan ialah:
  • Rempah 4 beradik
  • 1biji Bawang besar dimayang
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Minyak masak
  • Minyak sapi
  • Krismis atau biji gajus
  • suku tin Susu cair
  • 3 sudu besar Sos tomato
  • Garam
  • 1 sudu teh Pewarna kuning telur
Cara - cara membuatnya ialah:
  • Panaskan periuk elektrik dan masukan minyak masak dan minyak sapi
  • Tumis sehingga naik bau dan masukkan semua bahan tumis sampai wangi
  • Masukkan beras yg ditoskan dan gaul bagi rata dan masukkan air
  • (* nota Kalau beras jasmin parboil ni yang telah direndam sukatan air sama dgn sukatan beras)
  • Masukkan susu cair,sos tomato,garam dan pewarna kacau bagi rata
  • Apabila dah masak nasi masukkan biji kismis dan kacau nasi tersebut serta biarkan ia selama 20 minit untuk memastikan nasi masak dan kering sepenuhnya dan siap

RESIPI GULAI DAGING

  • 1 kg Daging (potong tidak terlalu kecil atau besar melawan urat daging untuk mengelakkan daging tersebut liat)
Bahan - bahan untuk perapan daging
  • 2 biji Bawang besar
  • 4 biji Bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Bahan - bahan di atas dikisar halus
  • 4 sudu Besar rempah gulai cap bunga ros
  • 1 1/2 Sudu Besar rempah masak cap bunga ros
  • 5 Sudu Besar sos tomato
  • biji badam disangai dan ditumbuk halus dan masuk dalma perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah kita
  • 2 cawan Bawang goreng
  • (*nota semua bahan di atas disatukan dan diperap dgn daging dlm 1/2 jam)
  • 1/2 tin Susu cair
  • Nisan atau Gula melaka
  • Garam secukup rasa
Bahan - bahan untuk tumisan
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • rempah 4 Beradik
  • 2 sudu Besar cili boh
  • 2 batang serai diketuk
  • minyak masak
Cara - cara membuatnya ialah:
  • Tumiskan bahan tumisan sehingga wangi dan sampai pecah minyak
  • masukkan daging yang telah diperap dan tutup periuk
  • Biar keluar semua air daging dan rempah sebati
  • Masukkan 3 cawan air untuk kuahn dan masukkan susu cair
  • Renihkan daging dgn api sederhana dan masukkan gula melaka
  • Garam secukup rasa dan masak sampai daging empuk
  • jika daging belum empuk tambah air
  • Masak sehingga kuahnya dan jadi pekat
  • siap

Resipi Ayam Masak Merah

  • Ayam (sapu kunyit dan garam digoreng hingga separuh masak atau masak)
Bahan - bahan tumis
  • Rempah 4 beradik
  • 6 sudu besar Cili kering dikisar
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2 biji bawang putih dimayang
Bahan - bahan kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang putih
  • 1 tin kecil Kacang pis
  • Lada merah dan hijau 2 biji untuk hiasan
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • 1 tin kecik Tomato puri
  • 4 sudu besar Sos tomato
  • Sos cili 5 sb
  • Sos tiram 1 sb
  • Kicap manis 2 sb
  • Garam
  • Gula melaka
  • Perasa
Cara - cara membuatnya ialah :
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan
  • Tumis hingga naik bau serta masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan bahan kisar kacau sebati tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan tomato puri
  • Masukkan segala jenis sos dan kicap
  • Masukkan ayam yg sudah digoreng dan masukkan kacang pis
  • cili merah dan hijau..masak hingga kuah pekat dan masukkan garam serta gula melaka, perasa
  • Untuk hiasan letak daun bawang

Resipi acar nenas:

Bahan - bahannya ialah :
  • 1 biji Nenas dikupas kulitnya dan dipotong nipis
  • 1/2 keping Gula melaka
  • 4 sudu besar Cuka makan
  • Air 1 cawan
  • 2 sudu besar Cili boh
Cara membuatnya ialah;
  • Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan
  • Masukkan air smpai mendidih dan masukkan gula melaka
  • Apabila bila pekat sedikit masukkan cuka dan tutup api
  • siap

Resipi sambal belacan

  • 4 biji Cili besar merah
  • 20 biji Cili padi
  • Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)
  • Limau kasturi 1 biji dibuang biji
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 sudu Pes Asam jawa
  • 1 biji Limau nipis
Cara - cara membuatnya
  • Kisar semua bahan diatas kecuali limau nipis dan sedikit air jangan terlalu sedikit atau banyak
  • Dan kisar jangan terlalu halus
  • Keluarkan dan perah limau nipis
  • Masukkan secukup rasa dan siap
Baca resepi :
SELAMAT MENCUBA

Kredit Resepi Muliadi Ramli

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Balasan
    1. Terengganu biasa nye memasak gulai menggunakan rempah cap bunga ros

      Padam
  2. lapar lah malam2 tengok resipi and gambar masakan.

    BalasPadam
  3. Ok nak beli bahan-bahan nantinak cuba resepi nih tq sharing

    BalasPadam