Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Betul Mengambil Tekanan Darah

Cara Betul Mengambil Tekanan Darah

Cara Betul Mengambil Tekanan Darah

Apa itu Tekanan Darah Tinggi @ Hypertensi??

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi ialah salah satu punca risiko kepada penyakit jantung, angin ahmar @ stok, pembuluh darah dan masalah buah pinggang. Majoriti Masyarakat di Malaysia mempunyai penyakit Tekanan Darah Tinggi sama penyakit tersebut datang daripada faktor pemakanan atau keturunan.

Telegram https://Tips kesihatan
Baca juga makan-malam-mengemukkan

Bagi pesakit tekanan darah tinggi amat penting baginya untuk melakukan pantang larang dalam pemakanan dan gaya hidup. hal ini demikian kerana, Tekanan Darah Tinggi ini boleh mendatang risiko yang tinggi kepada masyarakat yang ada penyakit tekanan darah tinggi.

Cara Betul Mengambil Tekanan Darah Yang Betul :

1. Rehatkan diri selama 15 minit sebelum mengambil tekanan darah (seeloknya menyandar pada kerusi)

2. Tidak merokok 30 minit sebelum mengambil tekanan darah.

3. Tidak makan atau minum sebelum 30 minit sebelum mengambil tekanan darah

4. Tidak melakukan exercise 30 minit sebelum mengambil tekenan darah.

5. Seeloknya pastikan tempat Cuff pada tangan itu selari dengan kedudukan jantung.

6. Tidak bercakap semasa melakukan tekanan darah

7. Digalakkan mengambil tekenan darah pada waktu pagi dan petang. (seeloknya pada hari lain pastikan mengambil range waktu yang sama)

8. Digalakkan mengambil tekanan darah di rumah (kerana bila sampai hari check tekanan darah di hospital atau klinik mungkin berlaku kita kurang tidur atau penat dan sebagainya. Hal ini dekimian kerana faktor tersebut mempengaruhi tekanan darah)

9. Catatkan setiap kali melakukan ujian tekanan darah dan tunjukkan kepada doktor supaya doktor dapat melihat trend tekanan darah anda.

10. Menggunakan cuff yang betul (untuk budak gunakan cuff budan dan untuk obesiti gunakan cuff yang obesiti untuk mendapat bacaan tekanan darah tinggi yang tepat)

*seeloknya menggunakan mesin tekanan darah tinggi jenis (OMRON)

Antara Pantang Larang Tekanan Darah Tinggi ini ialah :

1. Masin = garam merupakan musuh utama bagi pesakit tekanan darah tinggi

2. Makanan frozen dan makanan dalam tin

3. Mengawalkan gaya hidup tidur lewat = keseimbangan hormon akan terganggu

4. Susah hati = seandainya kita selalu tertekan maka ia akan menyebabkan jenyutan jantung kita akan berdegup laju dan ia menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

5. Merokok = gaya hidup tidak sihat seperti merokok merupakan racun utama yang menyebabkan darah menjadi pekat untuk seorang perokok dan ia merosakkan dinding saluran darah.

6. jeruk, perkasam dan ikan kering

7. gaya hidup tidak sihat iaitu tidak berpeluh = untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat anda perlulah bersenam untuk mengeluarkan peluh.

8. Perut Buncit = Seandaninya anda seorang yang perut buncit sekirangnya anda dapat kurangkan 1kg tekanan darah akan kurang 1 digit bacaan.

9. Kopi = tekanan darah akan naik secara mendadak selepas minum kopi bagi yang jarang minum kopi.

Sama- sama mengambil langkah gaya hidup yang sihat yang menjaga cara pemakanan yang betul untuk mengelak diri daripada terkena tekanan darah tinggi. Tekanan Darah Tinggi terkena pada semua orang tidak kira muda atau tua. Penyakit darah tinggi juga merupakan membunuh secara senyap.

Selalulah melakukan periksaan kesihatan di klinik berdekatan 6 bulan sekali supaya kita tahu tahap kesihatan kita sama ada bebas daripada penyakit atau tidak

Baca juga :


 


                                                                    Kredit Foto Google

sumber : Dr.Sakinah 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. trima kc perkongsiannyašŸ˜šŸ‘

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian. Saya biasa tekanan darah rendah je, pelik juga sampai doktor suruh rehat dulu baru ambil tekanan.

    BalasPadam
  3. thanks atas perkongsian. info yang bermanfaat.

    BalasPadam
  4. Info yang menarik... lama tak check hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kne cek selalu.. Bahaya.. Tekanan darah tinggi pembunuh secara senyap

      Padam