Ticker

6/recent/ticker-posts

G-SHOCK MEMPERKENALKAN MODEL GSHOCK WEAR OS

G-SHOCK WEAR OS 


                                                                Kredit G-Shock

Jam Jenama G-Shock tidak asing lagi kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketahanan jam G-Shock itu sendiri berjaya menarik minat golongan muda dan tua dan warna-warni pada jam itu sendiri mempunyai tarikan yang unik kepada pengemar jam.

Setiap hari teknologi semakin berkembang maju tanpa menoleh ke belakang, sama juga dengan jam G-Shock yang juga saban tahun mengeluarkan model jam mengikut teknologi supuya mampu bersaing dengan jam - jam yang lain. Jam G-Shock memperkenalkan model terbarunya iaitu G-Shock Wear OS iaitu jam G-Shock pertama yang menggunakan platform OS.


                                                                        Kredit G-Shock

Untuk jam G-Shock Wear OS ini didatangkan dengan 3 jenis model iaitu GSW-H1000-1, GSW-H1000-1A dan GSW-H1000-1A4. seperti sedia maklum, jam G-Shock ini datang dengan ketahanan yang lasak dan kalis air.

Fungsi jam pintar GSW-H1000-1, GSW-H1000-1A dan GSW-H1000-1A4 ini ialah mempunyai fungsi GPS, Multi-Sensor, Tracking aktiviti Sukan, mempunyai muka antara jam dan boleh menyambung pada telefon pintar serta banyak lagi fungsi lain.

Kesimpulannya, Casio belum mengumumkan lagi bila pelancaran Jam G-Shock pintar ini.


Catat Ulasan

0 Ulasan