Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengambilan Guru Bagi Graduan Ijazah Bukan Pendidikan (Contract Of Service) DG41

Pengambilan Guru Bagi Graduan Ijazah Bukan Pendidikan (Contract Of Service) DG41

Pengambilan Guru Bagi Graduan Ijazah Bukan Pendidikan (Contract Of Service) DG41

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan bukan pendidikan
yang telah
menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti
pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara
CONTRACT OF SERVICE
(COS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Baca Juga tips-persediaan-temu-duga-panggilan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang
tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
yang akan dikendalikan oleh Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan
dengan
pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak

Telegram : https://t.me/pengambilan_khas_guru
                  https://t.me/Guru_Contract_Of_Service_DG41

Syarat-syarat Asas lantikan PPP Gred DG41 (Contract of Service) ialah :

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini;
  3. Memiliki kelayakan seperti berikut:
    - ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan  (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    - ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    - Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Rujuk Di sini Syarat Lantikan PPP Gred DG41 (Contract of Service)


Muat Turun Syarat Lantikan PPP Gred DG41 (Contract of Service) Disini

Cara - Cara Melakukan Permohonan PPP Gred DG41 (Contract of Service) 

  • Calon yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini
    maklumat permohonan melalui
    Sistem Pengambilan Anggota
    Perkhidmatan Pendidikan
    (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/)
    sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat)

  • Calon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau
    dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam
    mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk
    dipanggil temu duga

  • Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada
    tarikh tutup hebahan bermula
    22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.
Makluman

Graduan yang layak perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru
(UKCG)
secara dalam talian
sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan DG41 (
Contract of Service)


Tarikh Tutup Permohonan
  • 21 April 2023 (Jumaat)
Baca juga

Catat Ulasan

0 Ulasan