Ticker

6/recent/ticker-posts

Permohonan IPG 2023 Calon Guru (PISMP)

Permohonan IPG 2023 Calon Guru (PISMP)

Permohonan IPG 2023 Calon Guru (PISMP)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Di IPG 2023. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam menjadi guru untuk memohon ke Institusi Perguruan Malaysia (IPG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Baca  juga : contoh-soalan-ujian-ukcg
Telegram : https://t.me/didik2u
Facebook : www.facebook.com/Info_Pendidik

Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2023

Terdapa 2 Program yang ditawarkan :

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam
* Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tedapat 3 kategori iaitu (Laluan Perdana, Laluan Khas dan Ambilan Khas

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPG

Syarat - syarat asas kelayakan kemasukan ke IPG bagi (Laluan Perdana, Laluan Khas dan Ambilan Khas adalah seperti berikut : 

Berikut merupakan syarat asas kelayakan kemasukan ke IPG (laluan Perdana) :


Muat turun Iklan PISMP 2023

Tarikh Penting Permohonan IPG 2023

Berikut merupkan tarikh - tarikh penting permohonan IPG 2023
  • Tarikh buka : 15 Mac 2023
  • Tarikh Tutup : 14 April 2023

Cara - Cara memohon ke IPG 2023

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my/ mulai 15 Mac 2023 selepas 5.30 Petang.
  • Calon SPM Tahun 2022 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup. (Rujuk tarikh-tarikh penting proses pengambilan PISMP) 
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh - Tarikh Penting Kemasukan Ke IPG 



Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan: 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)


No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693 

Baca Juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan