Ticker

6/recent/ticker-posts

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

 

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Untuk makluman semua, IBUBAPA dan PENJAGA boleh mengemaskini Profil Murid dan maklumat berkaitan di sistem APDM KPM secara dalam talian (online).

IBUBAPA dan PENJAGA boleh melakukan kemas kini Profil Murid bermula 11 Januari 2021 (isnin) Secara atas talian sahaja.

Telegram t.me/didik2u
Facebook https://www.facebook.com/Pendidik_Info

Proses kemaskini maklumat boleh dibuat di Portal Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online ini dengan mengikuti langkah mudah yang ditunjukkan di bawah.

Definisi APDM Untuk Ibu Bapa?

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca Juga : SAPS Ibu Bapa 2021: Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online

Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun


Tatacara / Panduan Kemaskini Maklumat APDM KPM Untuk Ibu Bapa (2021)


Cara daftar dan panduan kemaskini boleh dirujuk dalam langkah bergambar di bawah:

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara online sama ada melalui handphone, komputer atau laptop.

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:
  • Layari laman sesawang berikut : public.moe.gov.my/
  • Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
  • Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
  • Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN
APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
  • Profil Anak Jagaan
  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga
APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Apabila tuan/puan telah klik nama anak jagaan tuan/puan, tuan/puan perlu
mengemaskini Profil Anak Jagaan, Alamat Anak Jagaan dan Maklumat Penjaga.

Bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak jagaan di Tahun 1 hingga 3, pengemaskinian
Maklumat Kesihatan perlu dilakukan juga.


APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

Contoh cetakan borang boleh dirujuk dalam gambar di bawah.


APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Jika Tuan/Puan belum berdaftar. Tuan/ Puan perlu mendaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu

Jika tuan/puan telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan tuan/puan.


Pengingatan!!! pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang
berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang
dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Lupa Kata Laluan


Sekiranya, Tuan/Puan lupa kata lalaun. Tuan/Puan boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

Maklumat Lanjut


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan melalui e-mel: apdm.team@moe.gov.my


Baca Juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan