Ticker

6/recent/ticker-posts

PANDUAN NOTA SERAH TUGAS

Nota Serah Tugas merupakan dokumen yang penting bagi penjawat awam untuk mereka yang akan bertukar tempat kerja. Dengan adanya nota serah tugas, ia melancarkan tugas orang yang mengambil alih skop tugas yang ditinggalka oleh mereka yang berpindah.


PANDUAN NOTA SERAH TUGAS

Baca juga garis-panduan-permohonan-pertukaran-ppp-di-sekolah-dan-kolej-vokasional-kpm

Garis panduan Nota Serah tugas ini disediakan sebagai panduan kepada semua Pihak Pengurusan dan agensi-agensi dibawah termasuk Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah menyediakan Nota Serah Tugas yang seragam dan sesuai mengikut format yang digunakan oleh semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Telegram https://t.me/didik2u
Facebook https://web.facebook.com/InfoPendidik

Latar Belakang Nota Serah Tugas

Bagi Penjawat awam urusan kenaikan pangkat, pertukaran dan bersara merupakan lumrah dalam perkhidmatan awam. Semua penjawat awam akan melaluinya. Maka, apabila seseorang penjawat awam berpindah nota serah tugas perlu dibuat untuk memudahkan penganti dalam proses peralihan tugas dan maklumat supaya ia tidak menimbulkan masalah kerana butiran tugas dan kerja belum selesai dan rujukan yang tidak jelas semua terdapat dalam nota serah tugas.

Masalah yang selalu timbul dalam menyediakan nota serah tugas ialah tiada contoh atau format yang seragam yang boleh digunakan di peringkat Jabatan. Selain itu, terdapat juga pegawai-pegawai yang bertukar tidak menyediakan Nota Serah Tugas kerana garis panduan yang terdapat di dalam pekeliling tidak dipatuhi.

Harus diingat bahawa persediaan nota serah tugas ini sangat penting setiap kali berlakunya proses pertukaran, naik pangkat, atau bersara sesuai dan selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.


Berikut Merupakan Garis Panduan Nota Serah Tugas

Catat Ulasan

0 Ulasan