Ticker

6/recent/ticker-posts

PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) UA BAGI TAHUN 2021

PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) UA BAGI TAHUN 2022

PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) UA BAGI TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang 

Telegram https://info biasiswa

Baca juga Semakan-biasiswa-persekutuan-kpm

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia; 
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan)
  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon
  • Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan
  • Hanya calon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa 
  • Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET)
  • Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon
  • Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada)
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik;

PANDUAN PERMOHONAN MELALUI SISTEM ePENAWARAN BAGI BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

  • Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).
  • Permohonan secara dalam talian (online) dibuka melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm mulai 1 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang hingga 31 Mac 2021 (Rabu), jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini. 
  • Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami syarat dan panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak. 
  • Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut. 
  • Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih. 
  • Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak tepat / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak. 
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka. Sebarang permohonan untuk pengemaskinian semula selepas borang dihantar TIDAK DIPERTIMBANGKAN. 

PANDUAN PERMOHONAN

  • Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 - 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan
  • Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  • Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  • Maklumat pendaftaran permohonan hendaklah disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan / kemas kini. 

TARIKH PERMOHONAN :

Tarikah Mula Permohonan : 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang

Tarikh akhir Permohonan  : 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang

Mohon :  https://epenawaran.moe.gov.my/

FB : www.facebook.com/Info biasiswa

Baca juga 


Catat Ulasan

0 Ulasan