Ticker

6/recent/ticker-posts

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU (IPG) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU (IPG) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU (IPG) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru.

Telegram Jawatan Kosong
Facebook Info terkini

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di IPG ialah jawatan Akademik iaitu Pensyarah dan  jurulatih kokurikulum serta Pegawai Pengurusan. Kekosongan jawatan ini merangkumi gred DG 41/42/44.

Baca juga tips-etika-pemakaian-ketika-temuduga

Berikut merupakan Kelayakan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP)

  • Warganegara Malaysia
  • Disahkan dalam perkhidmatan
  •  Tahap kesihatan yang baik
  • Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021)
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj
  • Telah melaksanakan perisytiharan harta
  • Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius
  • Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP
  • Memiliki kelayakan akademik seperti link berikut:- sini
JURULATIH KOKURIKULUM Gred DG44
  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) hingga 1(j)
  • Kelayakan tambahan dalam bidang Kokurikulum
    - Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Kokurikulum.
    - Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepegawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/ Agensi Sukan yang diperaku
    - Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum Klik sini 
PEGAWAI PENGURUSAN Gred DG41/42/ 44(KUP) 
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti link berikut
    Syarat kelayakan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di alamat https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 8 Februari 2022
  • Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional - Kumpulan A) seperti berikut:
    - Resume terkini
    - Kad Pengenalan
    - Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini
    - Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD)
    - Sijil-sijil Kokurikulum/ Penglibatan NGO
    - Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada)
    - Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2022 (Jumaat). Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut:

Unit Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya, SELANGOR


Baca juga :



Catat Ulasan

0 Ulasan