Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

Pada 7 Julai 2021, permohonan pengambilan khas guru secara one-off telah dibuka seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan iaitu Dr. Radzi Jidin. Pengambilan ini melibatkan pengambilan yang terbesar iaitu 18702 guru dengan 47 opsyen yang ditawarkan.

Penempatan guru ini untuk mengisi kekurangan guru di negeri Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor yang akan mula ditempatkan secara beperingkat bermula Oktober 2021. Setiap keputusan Penempatan adalah muktamad. Pengambilan Guru ini di uruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Sebelum membuat permohonan, anda perlu mengetahui beberapa arahan yang ditetapkan oleh pihak SPP sebelum menghantar permohonan anda. Antara perkara yang anda perlu tahu ada membuat palang dua garis SPP setiap dokumen yang anda upload didalam Google Drive.

Terdapat 2 Versi Perkongsian Qistina cara membuat palang menggunakan MS Word 

  • Guna MS Word Using AutoText
    Kelebihan AutoText : Selepas anda set dalam MS Word, tak perlu Copy/Paste gambar lagi. Cukup dengan tekan Insert > Quick Parts > AutoText ATAU taip shortform yang dah di-set & tekan F3
  • Bagi yang tidak mahir membuat watermark SPP. Boleh download file (doc atau png) sebelum anda mengikuti step dibawah.
  • Bagi yang malas nak crop .png file, anda boleh download .png “V2 for MS Word” & langkau ke step ke-5. Saya dah upload dalam Google Drive 
  • Disini Link Palang untuk kegunaan SPP Sahaja 
Link Untuk Convert PDF ke Doc dan Doc Ke PDF
Sebelum memulakan step 1 convert semua pdf ke doc di google ( link ada di atas)
  • Buka MS Word dan Pilih “blank document
  • Pergi ke “Insert” > “Pictures” > “This Device”. Cari file .png “untuk kegunaan SPP sahaja”. Tekan “Insert”.

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word

  • Cari gambar dan klik. Pergi ke “Format” > Crop > Tekan down arrow > Crop. Kecilkan ikut kesesuaian anda

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

  • Crop gambar tersebut. Untuk besarkan gambar,  tarik pada penjuru gambar tekan Shift + Alt + Tarik, ikut kesesuaian

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

  • Ubah text wrapping kepada “In Front of Text”. Wrap Text > In Front of Text. Fungsinya ialah untuk anda gerakkan gambar dan pastikan kedudukannya sesuai berada di tengah dokumen.

  • Tujuan tukar text wrapping dari “in-line with text” > “in front of text” = untuk mudah alihkan kedudukan gambar.

  • Selepas step ini, boleh pilih sama ada ‘prefer copy/paste’ atau ‘prefer autotext’:
    ‘Prefer copy/paste’ = Save document as type .doc/docx dan boleh copy/paste ke dalam dokumen sijil.
    -‘Prefer autotext’ = Lihat langkah ke-6

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

  • Selepas itu, Pilih gambar  berformat png, kemudian pergi ke “Insert” > “Quick Parts” > “AutoText” > “Save Selection to AutoText Gallery”.

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

  • Dalam Create New Building Block:

    - Name: set perkataan lebih daripada 4 huruf, yang bukan perkataan biasa, Contoh: SppMark
    - Gallery: AutoText
    - Category: Create new category, Contoh: Watermark
    - Description: (optional), Contoh: Untuk MySpp
    - Save in: Normal.dotm
    - Options: Insert content only
  • Tekan OK

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

  • Buka file sijil. Pastikan insertion point ada di gambar pertama, tanpa ada selection box pada gambar (white dot on the left and right page).
  • Jika ada selection box, tekan sekali di kawasan kelabu untuk matikan selection (passive)

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

Cara 2:

  • Taip shortform yang telah di-setkan. Contoh: sppmark. Kemudian, tekan F3.
  • Dari muka surat pertama ke muka surat seterusnya, tekan right arrow dan pastikan insertion point ada di muka surat yang dikehendaki.

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

  • Hasilnya, seperti ini dan save as type: pdf

    Cara Nak Buat Palang SPP Menggunaka MS Word Sahaja

Kredit : Qistina Ezise


Catat Ulasan

0 Ulasan