Ticker

6/recent/ticker-posts

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) Mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di MDHT.

Sejarah Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

Penubuhan Majlis Daerah Hulu Terengganu ialah pada 1 Januari, 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978). Majlis Daerah Hulu Terengganu dahulunya dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu. Y.A.B.Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu ketika itu telah merasmikan pelancaran merasmikan pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982. 

Berikut Senarai Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Terengganu

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
Catatan: Semua syarat-syarat permohonan jawatan hendak dimuat turun di laman web MDHT

Syarat asas kelayakan memohon jawatan kosong :

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan akademik mengikut gred jawatan kosong yang dimohon
  • Iklan dan Syarat jawatan yang dipohon

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://www.mdht.gov.my

Permohonan mestilah disertakan bersama satu salinan Sijil berikut:
  • Kad Pengenalan yang disahkan
  • Sijil Kelulusan Persekolahan yang disahkan.
  • Sijil atau Diploma yang disahkan (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA).
  • Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu
Pemohon dibenarkan memohon dua (2) jawatan sahaja.

Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses)

Bagi Permohonan yang merupakan pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan. Anda hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Sila Lampirkan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini disertakan bersama permohonan tersebut.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Penghantaran Pemohonan Jawatan Kosong
  • Penghantaran mestilalah melalui perkhidmatan pos/poslaju dan sila hantar ke alamat seperti di bawah (sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat):
Yang Dipertua
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 Kuala Berang, Terengganu.

atau
  • Borang permohonan yang lengkap juga boleh dihantar di Drop Box Kerjaya MDHT di hadapan Pintu Masuk Kaunter Bersepadu MDHT dan sila buat pengesahan penghantaran dengan mengimbas QR Code dan mengisi maklumat yang dikehendaki
Tarikh Tutup Permohonan (termasuk permohonan melalui pos:
  • Selewat - lewatnya 15 Julai 2021 (khamis) sebelum pukul 3.30 petang
  • Borang yang diterima selepas tarikh diatas tidak akan di proses.





Catat Ulasan

0 Ulasan