Ticker

6/recent/ticker-posts

Tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu Lepasan SPM 2020

Tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu Lepasan SPM 2020

biasiswa yayasan terengganu


Kepada Semua Pelajar Lepasan SPM 2020 yang Cemerlang dalam peperiksaan. Anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Yayasan Terengganu. Biasiswa Yayasan Terengganu ini terbuka kepada rakyat Terengganu sahaja yang cemerlang dalam akademik dan memenuhi syarat - syarat rakyat negeri Terengganu.

Biasiswa Yayasan Terengganu ini dikenali sebagai Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi tahun 2021 untuk pelajar lepasan SPM 2020. 

Skim Pelajar Cemerlang ini menewarkan biasiswa bagi program  Seperti berikut : 

  1. Program Persediaan Ijazah Pertama Luar Negara (A-Level/ADFP/SACE/Prepatory To Japan & Korea) Dalam Bidang Sains/ Kejuruteraan /Perakaunan.
  2. Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Jordan/Mesir)
  3. Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran Wal Qiraat  (WISE University, Jordan)
  1. Program Persediaan ACCA/Foundation In Accountancy (FIA) UiTM
  2. Program Persediaan (Foundation) Ijazah Pertama UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
  3. Program Persediaan Ijazah Pertama Di Universiti Awam  (Matrikulasi/Asasi/Diploma)
Cara Memohon :
Semua permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian. Pautan permohonan adalah dibawah
Kepada pelajar yang berjaya dipanggil ujian bertulis dan temuduga anda akan dihubungi melalui Email masing - masing untuk menduduki ujian bertulis dan menghantar rakaman video pada tarikh yang ditetapkan.

Biasiswa Yayasan Terengganu
Sumber : Yayasan Terengganu

Catat Ulasan

0 Ulasan