Ticker

6/recent/ticker-posts

KADAR ZAKAT FITRAH SEMUA NEGERI 2021

KADAR ZAKAT FITRAH SEMUA NEGERI 2021

Definisi Zakat Fitrah

  • Merupakan zakat yang wajib dikeluarkan oleh semua umat islam yang berkemampuan mengikut syarat -syarat yang ditetapkan.
                                             Kredit Foto Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Syarat - syarat yang wajib yang telah ditetapkan oleh umat islam , diri , ketua keluarga dan tanggungannya yang wajib membayar zakat fitrah ialah :

  • Individu yang memiliki lebihan makanan dan hartanya daripada keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Kelahiran anak pada sebelum matahari jatuh pada akhir bulan ramdhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • orang yang memeluk agama islam pada sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan dan berkekalan islamnya.
  • Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir ramdhan.

Pembayaran zakat Fitrah ini dibahagikan kepada lima waktu iaitu : 

  • Waktu wajib ialah bermula terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu Afdal pula ialah melakukan pembayaran zakat fitrah pada sebelum sembahyang raya aidilfitri.
  • Waktu sunat ialah melakukan pembayaran semasa bulan ramadhan.
  • Waktu Makruh Melakukan pembayaran zakat fitrah selepas solat Adilfitri hingga terbenam Matahari 1 syawal.
  • Waktu Haram ialah melakukan pembayaran zakat fitrah pada terbenam matahari satu syawal namun hukum membayar zakat fitrah pada waktu ini berdosa tetapi zakat Fitrah tersebut wajib dibayar dikira sebagai qada pembayaran zakat fitrah.
Sumber : Pusat Pengutan Zakat Wilayah Persekutuan

Berikut merupakan Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah




* Kita disarankan membayar zakat fitrah kepada Amil zakat yang telah ditetapkan supaya memudahkan pihak berautoriti supaya mengagihkan zakat kepada golongan yang betul.


Catat Ulasan

0 Ulasan