Ticker

6/recent/ticker-posts

RESEPI BIHUN SUP UTARA SAMBAL MERAH

RESEPI BIHUN SUP UTARA SAMBAL MERAH

RESEPI BIHUN SUP UTARA SAMBAL MERAH

RESEPI BIHUN SUP UTARA SAMBAL MERAH

RESEPI BIHUN SUP UTARA SAMBAL MERAH
Kredit foto fb Khairul Abdullah

Bahan-bahan untuk sup:

  • 300-500gm daging bersama tulang.
  • 1 sup bunjut
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah

Cara nak buat sup:

  • Tumbuk bahan serai, halia, bawang putih dan bawang merah untuk menaikan lagi rasa.
  • Masukkan semua sekali bahan yang ditumbuk bersama daging dan tulang serta sup bunjut dalam pressure cooker kalau ada Pressure cooker dan tambah air sebanyak mana yang kita mahu kuah sup itu. Set timer dalam 35 minit dan tekan on.
  • Dah siap, masukkan garam dan gula jika perlu. Keluarkan isi daging dan potong kecil.

Bahan - bahan nak buat sambal merah:

  • 2 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 sudu kecil pes asam jawa atau boleh guna asam keping
  • ½ ketul gula melaka atau gula merah
  • 1 sudu kecil garam

Cara nak buat dia:

  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga harum dan masukkan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak kalau boleh beberapa kali pecah minyak. Lagi lama lagi mantop.
  • Kemudian masukkan pes asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati dan siap.
Cara nak sediakan bihun:
  • Panaskan air dan masukkan 1 sudu serbuk kunyit dan masukkan bihun dan kacau sebati dalam seminit lebih terus angkat dan toskan.
  • Selepas toskan siram dengan air sejuk.

Cara hidangan.

  • Masukkan bihun, masukkan sup dan tambahkan bahan berikut di atasnya.
  • Potongan daging
  • Tauhu goreng dipotong kecil
  • Bawang goreng
  • Potongan daun sup
  • Potongan daun bawang
  • Lobak masin
  • Potongan limau
  • Siap
Selamat mencuba Resepi Bihun Sup Utara Sambal Merah Padu

Resepi : Khairul Abdullah

Catat Ulasan

0 Ulasan