Ticker

6/recent/ticker-posts

FILEM PENUNGGANG AGAMA

FILEM PENUNGGANG AGAMA

Filem Penunggang Agama merupakan cerita yang diterbitkan oleh Skop Production dan Astro Shaw. Filem Penunggang Agama ini merupakan fileam yang diarahkan oleh Syafiq Yusof iaitu anak kepada Yusof Haslam. Filem ini merupakan filem seram.

                                                                Kredit Foto : Astro Shaw

Sinopsis 

Filem ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang diganggu oleh makhlus halus. Keluarga tersebut merupakan keluarga Dato' Hisyam (Jalaluddin Hassan). Isteri Dato' Hisyam  selalu diganggu oleh makhlus halus termasuk anak Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Safinaz) juga diganggu oleh makhlus halus. Tujuan utama makhlus halus itu menganggu Keluarga Dato' Hisyam adalah untuk mengambil kekayaan harta Dato' Hisyam dan membuat keluarga Dato' Hisyam porak peranda.

Akibat Isteri Dato' Hisyam selalu diganggu, Dato' Hisyam membuat keputusan untuk mendapatkan Khidmat Tok Aji (Nasir Bilal Khan) pakar 'ruqyah' untuk merawat isterinya. Namun tindakan Dato' Hisyam itu di pertikaikan oleh Amir dan Anna. Amir dan Anna mengatakan bahawa kaedah rawatan yang diguanakan oleh Tok Aji adalah kaedah Bomoh. 

Tok Aji merupakan Bomoh yang berselindung disebalik rawatan islam. Tok Aji telah menghasut Dato' Hisyam dengan mengatakan bahawa isteri Dato' Hisyam disantau oleh keluargannya sendiri. Akibat Fitnah yang dilakukan oleh Tok Aji, Dato' Hisyam telah menghalau Amir dan Anna daripada rumahnya. Akibat daripada itu, Dato' Hisyam hampir menyerahkan 10 ekar tanah kepada Tok Aji namun tindakan Amir balik untuk berjumpa dengan ayahnya berjaya mematahkan penyerahan tanah tersebut.

Akibat daripada itu, Tok Aji meminta kebenaran kepada Dato' Hisyam untuk membawa balik isteri dato' Hisyam ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Namun tindakan, Tok Aji untuk meningkatkan ilmunya dengan merogol pesakit tidak disenangi oleh Isterinya. Maka tindakan pantas Isteri Tok Aji menelefon Anna berjaya menyelamatkan Isteri Dato' Hisyam daripada di Rogol.

Tindakan pantas Amir dan Anna yang menerima panggilan telifon daripada isteri tok Aji ini juga membongkar segala kerja Tok Aji Sebagai penunggang Agama yang berselindung atas nama rawatan islam.

Senarai Pelakon :

Pengarah  

Syafiq Yusof

Pelakon  

Zul Ariffin
Jalaluddin Hassan
Nasir Bilal Khan
Azira Syafinaz
Salina Saibi
Johan As'ari
Puteri Qaseh

Tarikah Tayangan : 25 Mac 2021


Catat Ulasan

0 Ulasan